
1. Dalam permainan catur, pemain yang menyerang lebih berpeluang menang. Dalam hidup, manusia yang selalu berusaha lebih berpeluang untuk berjaya.
2. Dalam permainan catur, satu tujuan utama adalah menawan buah raja lawan. Dalam hidup, satu tujuan utama ditetapkan iaitu mencapai keredaan Allah.
3. Dalam permainan catur, rintangan dan halangan yang dihadapi perlu diatasi bagi mencapai kejayaan. Dalam hidup, perkara yang sama berlaku.
4. Dalam permainan catur, perlu gunakan akal dan sentiasa berfikiran jauh bagi merancang gerakan. Dalam hidup, perancangan rapi bagi melihat masa depan lebih baik diperlukan, dan penggunaan akal amat penting dalam hal ini.
5. Dalam permainan catur, kekurangan buah sendiri tidak semestinya membawa kepada kekalahan. Dalam hidup, kekurangan yang ada pada diri tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak mencapai kejayaan.
6. Dalam permainan catur, untuk menewaskan lawan perlu mencari gerakan terbaik dan kadang-kadang tidak terjangkau oleh fikiran pihak lawan. Peluang untuk menang perlu terus dicari, bukannya dinanti. Dalam hidup, untuk berjaya, peluang terbaik perlu dicari dan dicipta, bukan hanya menunggu peluang datang. Berfikir secara berbeza daripada kebiasaan dapat mencipta peluang yang kadang kala kita tidak nampak.
7. Dalam permainan catur, putus asa adalah penghalang terbesar untuk mencongak gerakan menuju kemenangan. Begitu juga dalam hidup, putus asa yang berpanjangan di tengah perjuangan, akan membawa kepada ketewasan.
8. Dalam permainan catur, ia hanya sebuah permainan. Kalah atau menang boleh dijadikan pengajaran bagi permainan seterusnya. Dalam hidup, ia adalah realiti dan bukan perkara main-main. Andai tewas dalam perjuangan, boleh bangkit kembali asal sahaja usia dan rezeki masih ada. Jatuh bangun dalam hidup juga boleh dijadikan pengajaran berguna.
9. Dalam permainan catur, sentiasa sematkan rasa yakin diri akan menang, separuh kemenangan sudah ada di tangan. Dalam hidup, sentiasa yakin boleh berjaya, usaha ke arah kejayaan akan tetap dilakukan.
10. Dalam permainan catur, fokus amat penting agar gerakan yang dirancang dan diatur tidak hilang punca. Dalam hidup, kehilangan fokus sewaktu berjuang bakal membantutkan kejayaan yang sepatutnya dicapai.
11. Dalam permainan catur, jika peluang diberi hanya sekali untuk bermain, gunakan betul-betul. Ia disebabkan jika menang, anda akan mendapat satu markah. Manakala, jika tewas, anda tidak mendapat markah. Dalam hidup, peluang yang sekali Tuhan beri untuk hidup di dunia ini, andai tewas dalam perjuangan, apakah markah yang harus kita terima? Andai menang, mudah-mudahan Tuhan ganjari dengan ganjaran terbaik. Namun dalam permainan catur, masih ada perkiraan seri. Dalam hidup, adakah perkiraan seri itu?
Subhanallah...!
2 comments:
Catur..dulu saya pernah main catur kat sekolah..sekarang dah lupa cara nak main..
Tewas bukan bererti kalah sahabat..teruskan perjuangan...cantik gambar tu!
Dulu hingga kini, catur dan percaturan masih sebati. Hidup suatu percaturan, sahabat.
Post a Comment