11 April 2008

BOSAN

Mengapakah tiba-tiba aku berasa bosan? Malah, keterlaluan rasa bosan ini datangnya. Menusuk-nusuk. Tiba-tiba sahaja aku tidak mampu meneruskan kerja penulisanku yang telah aku tinggalkan seketika. Aku bukannya penulis sepenuh masa. Kerja yang bertimpa dan perlukan perhatian segera menyebabkan aku hentikan dahulu kerja penulisanku itu. Namun, ketika aku mahu menyambung semula kerja penulisanku, mengapa tiba-tiba rasa kebosanan datang menyerbu? Mengapa?

Tiba-tiba sahaja aku berasa tidak dapat berfikir. Malah, otak aku bagai beku. Sebeku air batu. Malah beku lagi. Aku hanya memerhatikan perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang aku susun sebelumnya. Hanya melihat. Bagai tiada perasaan lagi untuk berbicara dengan ayat-ayat itu. Aku seolah-olah kehilangan ilham. Mengapa? Mengapa!?

Di mana nyala rasaku sebelum ini? Di mana?


AllahuAkbar...!


~Para sahabatku, usah berasa apa-apa dengan luahan rasaku ini. Aku ini hanya angin lalu...

6 comments:

ez said...

Assalamualaikum,
Tahniah! Cantik kulit bukunya. Terbit nanti boleh tukar-tukar?

Rasha_rz said...

kak ila pun tengah bosan. rasa macam tak berupaya menyudahkan karya. rasa nak teruskan projek DBP, rasa nak terus dengan LARRA. pening... tapi yang pasti, rasa letih sangat.

Anonymous said...

buka minda

Anonymous said...

o... zz dan buka minda tu MOTIVASI MODUL INSAN...? kak ila baru tahu. terima kasih dik, sudi berkunjung ke blog kak ila. w/pun berterima kasih dari rumah mya marja, adik zz tak kisah kan? tunggu kunjungan kak ila seterusnya.kak ila akan berlama2 di situ nanti.

Sastri said...

hmmm... writer's block... biarkan ia berlalu, pasti nanti idea akan datang mencurah-curah... :D

MYA MARJA said...

Kak Ez,
Boleh sahaja.

Kak Ila,
Bosanmu itu setelah sembilan novel terhasil, tapi... hmm, apa nak jadi dengan diriku ini.

Saudara ZZ,
Minda sudah dibuka, hati turut terbuka. Yang beku adalah... entahlah..

Sahabatku Sastri,
Wah, baru pertama kali mendengarnya! Kepala macam kosong..ha ha! Ya, biarkan berlalu. Terima kasih, sahabat.