
Sebuah novel inspirasi bakal menemui pembaca pada Pesta Buku 2008 di PWTC Kuala Lumpur. Ini buah tangan kedua tetapi terbit lebih awal berbanding manuskrip novel pertama. Manuskrip pertama terpaksa beratur menunggu giliran penerbitan.
Kepada adik-adikku yang berhasrat menjadi seorang guru, seorang pendidik bangsa, novel ini sesuai menjadi rujukan pengalaman. Sesungguhnya melihat dunia seorang guru dari luar profesionnya adalah tidak sama dengan apa yang sebenarnya dilalui oleh seseorang guru. Guru, produknya ialah manusia, bangsa. Yang ingin dibentuk adalah sikap, pemikiran dan hala tuju hidup. Sesungguhnya juga, profesion perguruan bukanlah kerjaya pilihan terakhir.
Susuri secebis pengalaman yang diadaptasi daripada perjalanan sebenar seorang guru.
Alhamdulillah...
10 comments:
Tahniah di atas buah tangan! Boleh saya beli yang telah bertandatangan penulisnya?
Walau telah digelar pensyarah , pada saya , saya masih juga seorang guru dan profesion ini memang pilihan saya sejak kecil lagi dan jauh sekali menjadi pilihan terakhir.
Sahabatku..
Tahniah dan moga tabah untuk terus berkarya..
Bakal menjadi senior nampaknya...:)
Pasti akan saya beli sebagai tanda sokongan dr seorang sahabat.
Baru saya tahu rupanya kita asal dr tempat yg sama. Sabak Bernam adalah daerahnya:)
Tahniah sdr Mya Marja,
Saya ke pesta buku semalam, ia belum dijual. Hari ini kata petugas. Hari ini pula saya tidak dapat hadir kerana banyak halangan.
Lain ketika, jika bersua, insyaaalah akan dibeli.
Tahniah!
Salam :)
tahniah mya marja.semakin menyerlah. bila turun pesta buku? singgah2lah ke booth BUKUPRIMA.boleh kita tukar2 buku, kalau sudilah.
kak ila dah jumpa mersik dan abang long, wan juga. masing2 teruja. kak ila terkujut, mereka juga begitu. abang long sampai tepuk dahi. best juga.adik ni bila pulak nak tujuk muka?
Kang Mya, Sabtu lepas datang ke gerai PTS tapi kenapa kita tak jumpa ya? Aku dengan Kak Zalisa, merayau sampai petang.
erk.. terlupa, Tahniah! Berjaya juga akhirnya.
Terima kasih kepada para sahabat yang singgah. Terima kasih jua atas ucapan tahniah itu. Semoga sama-sama menyerlah.
Kak Shima,
Boleh sahaja...
Ainul Husna sahabatku,
Terima kasih selamanya...
S.Rafidah seniorku,
Andalah senior, saya baru nak belajar.
Tuan MBA,
Saya pun tercari-cari..apa nak buat. Terima kasih sokongan.
BR,
Terima kasih ya..
Kak Ila,
Turun juga hari tu..tak sempat rayau jauh...nanti nak pergi lagi.. Boleh sahaja, Kak Ila.
Dik Nin,
Tiada rezeki nak jumpa tu. Lain ketika agaknya.
Tahniah Mya,
Pehhh ... tajuk dia pun dahsyat. Nanti aku carik kat MPH Putrajaya. Bila-bila jumpa boleh sain autograph. Anak buah aku pompuan minat sangat nak jadi polis, nanti kot bila baca buku Mya ni tergerak hati dia nak jadi "Guru" pulak. Guru yang ada PHD mungkin.
Post a Comment