
Pastinya hebat isi kandungan buku ini. Aku belum memilikinya, apatah lagi membacanya. Aku berkira-kira mahu membelinya sewaktu Pesta Buku 2008, April nanti. Itu pun andainya umur dan rezeki masih ada.
Daripada blog Unika PTS dan blog penulis buku tersebut, Travelog Haji merupakan catatan kisah benar penulis sewaktu mengerjakan haji. Catatan kisah benar yang amat akrab dengan rukun Islam yang kelima itu mengundang rasa para pembaca pastinya. Memanglah pengalaman menunaikan haji di Mekah itu ingin sekali gambarannya ditelusuri, terutamanya bagi yang belum menjejak kaki ke sana. Malah, yang telah melaluinya pun ingin membacanya sebagai catatan kenangan pengalaman di sana.
Sesekali rasa cemburu juga dengan kerapnya ulang cetak buku itu. Cemburu yang dibenarkan tidak mengapa. Mana tidak cemburunya, manuskripku entah bila pula akan terbit (Ha ha ha!). Tidak mengapa, buku itu pastinya lebih memberi manfaat berbanding buku-buku lain; manfaat dari segi ilmu, dan manfaat dari sudut keuntungan. Disebabkan itu, buku itu didahulukan proses ulang cetaknya, malah mendapat layanan istimewa.
Tahniah kepada penulis buku ini, Profesor Mohd Kamil Ibrahim! Tidak sabar mahu membaca kisah benarnya ini.
Subhanallah…!
5 comments:
hai, lama kak ila tak mencoret sesuatu di sini. menjengah selalu tapi himpitan waktu mengekal niat untuk bertegur sapa. tapi malam ini kena juga menyatakan tahniah pada PAK KADUK!
Cantik sekali puisi itu, tahniah dik. teruskan berkarya....
Kak ila.
Salam kesejahteraan buat cikgu muda:)
Saya juga belum memiliki buku ini. Tiap kali berkunjung ke MPH jawapannya sudah kehabisan. Sempat juga melihat Prof ini di layar tv. Semasa rancangan 'Iktibar Dari Tanah Suci". Memang menarik!
Harap2 dapat memiliki buku ini suatu hari nnti.
Sudah berkembangkah belum koleksi cerita hari raya? Jangan kuncup sahaja:)
Wassalam.
Kak Ila,
Terima kasih ya kerana sudi mengikuti puisi saya yang tidak seberapa itu... Maklumlah puisi budak baru belajar.
Puan Rafidah,
Semoga berkembang, mekar mewangi. Kadang-kadang kusut juga kepala muda ini. :)
buatlah pulak puisi mat jenin. tingginya angan2 akhirnya disingkir dari kerusi pemimpin. ops! sory... (mesti bebas politik........)
Kak Ila pun boleh tulis novel kisah Mat Jenin moden, okey ke? Ya, bebaskan politik itu daripada rantai..! Heh heh.. :)
Post a Comment