JANGAN JADI PAK KADUK
Terbukti sudah satu kemenangan
lambang percaya rakyat kebanyakan
engkau berjaya bergelar YB
terpikul amanah di pundakmu kini
usah persia peluang diberi.
Duduklah di kerusi itu
telah tertulis buatmu
saat engkau dijunjung diarak
rakan taulan bersorak-sorak
puji doa dikirim bersama
tanda kaumasih ingat padaNya.
Sementara engkau diberi kuasa
usah gila mengumpul harta
hingga lupa tanggungjawab tersedia
menanti menagih tak tentu masa
ingatlah YB yang berkhidmat sentiasa
pasti engkau tidak lupa.
Engkau memimpin satu kawasan
mereka perlukan perhatian
yang susah perlukan pembelaan
yang senang mohon ganjaran
gunakan akal budimu tuan
usah ulangi kisah Pak Kaduk
ayamnya menang kampungnya tergadai.
MYA MARJA
Bandar Seri Jempol, NS.
Terbukti sudah satu kemenangan
lambang percaya rakyat kebanyakan
engkau berjaya bergelar YB
terpikul amanah di pundakmu kini
usah persia peluang diberi.
Duduklah di kerusi itu
telah tertulis buatmu
saat engkau dijunjung diarak
rakan taulan bersorak-sorak
puji doa dikirim bersama
tanda kaumasih ingat padaNya.
Sementara engkau diberi kuasa
usah gila mengumpul harta
hingga lupa tanggungjawab tersedia
menanti menagih tak tentu masa
ingatlah YB yang berkhidmat sentiasa
pasti engkau tidak lupa.
Engkau memimpin satu kawasan
mereka perlukan perhatian
yang susah perlukan pembelaan
yang senang mohon ganjaran
gunakan akal budimu tuan
usah ulangi kisah Pak Kaduk
ayamnya menang kampungnya tergadai.
MYA MARJA
Bandar Seri Jempol, NS.
(Berita Minggu - 23 MAC 2008)
Alhamdulillah..
4 comments:
Salam,
Itu anugerahNya yang sarat dengan amanah. Bukan calang-calang tanggungjawab yang dipikul. Semoga yang terpilih itu melihat dengan mata hati.
Yang akan menjadi Pak Kadok, orang2 yang suka terlompat2. Jadi jangan asyik nak melompat. Hahaha...
Banyakkan sujud dan menangislah kerana nasib kita belum tahu di akhirat sana.
Jangan nanti terpesong dari niat. Kamu, YB, hamba rakyat. Kamu meminjam kuasa dari rakyat. :)
Oh ya! Lain kali jangan memakai baju kertas, Pak Kadok! :D
Sahabat-sahabatku Bunga Rampai, Zalisa, Jowopinter dan lain-lain,
Ini ada satu soalan: Adakah Pak Kadok masih ada sekarang ini? Aduh, gawat, gawat!
Post a Comment