AKU MALU
Aku kautendang
semahumu
lalu tercampak aku di sini
lantaran tendangan sewenang
oleh kaki tak kelihatan.
Dalam hening begini
duduk aku sendiri
dengan wajah tertunduk
sebenarnya aku malu
melihat engkau
yang kusangka kawan
dalam diam kauhunus benci
dalam sembunyi kaubaling batu
kausorok lagi tanganmu
ke belakang.
Sebenarnya aku malu
melihat tingkah laku
tak mengenang budi
apalah insani
tanpa budi dan hati
yang tinggal hanya api
bersemarak benci.
Aku malu.
MYA MARJA
Bandar Seri Jempol, NS.
29 MAC 2008.
~Puisi ini khas buat insan yang punya kuasa, namun bermain-main dengan kuasanya (bukan besar sangat pun kuasanya). Andainya hari ini kita penyebab orang lain menderita, suatu waktu nanti mungkin Tuhan akan tunjuk derita itu di hadapan mata sendiri. Malah derita itu akan menjalar dan meruap ke segenap sukma.
Apa pun bentuk kuasa yang kita pegang, itu merupakan amanah. Lupakah kita bahawa segalanya ini bakal ditanya di hadapan Allah, Tuhan Yang Maha Berkuasa di seluruh alam?
Alhamdulillah...

2 comments:
Semoga satu hari nanti 'mereka' juga akan merasa 'malu'. Insya Allah.
Terima kasih berkunjung ke blog dan meninggalkan puisi dan mencentus ilham saya melengkapkan puisi saya sendiri. Sekian lama tidak berpuisi.
Sibuk betul pensyarah kita yang ini. Tulis puisi sambil menyemak kerja kursus pelajar... :) Salam puisi, Puan Shima.
Post a Comment