Entah siapa yang cipta lirik lagu itu. Budak kelas Tahun 4 Ibnu Khaldun itu beritahu bahawa dia salin daripada internet. Mungkin mat rempit yang tulis. Lirik itu menggambarkan betapa hebatnya golongan mat rempit merempit dan melepasi kepungan polis. Melalui kaca televisyen pun selalu juga aku nampak mereka terlepas, tetapi ramai juga yang ‘kantoi’.
Dulu-dulu sewaktu di tingkatan 4, ada juga aku terjumpa lirik-lirik gila dan kreatif seperti itu. Andai tidak silap dalam satu ruangan majalah Gila-Gila. Rakan sekelasku pun pernah mencipta lirik mereka. Mudah sahaja membuat lirik seperti itu. Contohnya lagu Sejati dendangan kumpulan Wings ditukar kepada Sekati; lagu Misteri Mimpi Syakilla ditukar kepada Misteri Kambingnya Gila dan lain-lain lagi.
Lirik budak Tahun 4 ini pula diubahsuai daripada lagu Relaku Pujuk dendangan kumpulan Spider. Judulnya menjadi Relaku Rempit. Sengaja hendak kongsi kekreatifan budak-budak zaman ini mengubah (memunahkan) lirik lagu:
RELAKU REMPIT
Kudikejar polis-polis bodoh
Bila motorku hampir di selekoh
Enggan dilokap enggan disuruh
Ketuk ketampi sampai pagi.
Aku bukan mat rempit yang tewas
Bisa ditangkap walau kuterbabas
Biar dikepung kanan dan kiri
Ku akan tetap dapat lari.
Tiada polis yang dapat potong
Hebatnya kapcaiku
Gila punya laju (relaku rempit).
AllahuAkbar!....
No comments:
Post a Comment