DI SITU ENGKAU MASIH BERDIRI
Engkau masih berdiri
pada semusim dingin dan kering
hingga kini panas berbahang
masih menjadi iklim nalurimu
tanah berpijak makin retak
dan dendam makin mendalam.
Engkau bukan pengemis
yang setia berdiri
dan berhaus lara
mengharap setitik belas
daripada belantara manusia
mengulit mimpi rindu
damai bahagia dipeluk dunia.
Engkau insan mulia
dibekal akal dan tubuh perkasa
sedikit dihiris uji hadiah Ilahi
engkau hiba meratap
bagai tiada nafas sejahtera
yang menanti di hujung langkah.
Pada lembah yang masih basah
dan hijau rimbun harapan
yang belum bersentuh
menanti tangan setia
pada usaha dan ikhtiar
serta tawakal kepada Tuhan
di situ engkau harus berdiri.
MYA MARJA
Bandar Seri Jempol, NS.
15 JUN 2007.
(Berita Minggu - 3 JULAI 2007)
~Ketika masih bersisa kudrat dan nafas, lembah nan basah masih banyak menanti tangan-tangan setia. Bernafaslah dalam sejahtera, walau hatimu penuh derita...berdirilah, atur langkahmu... Engkau akan temui kasih sayang Tuhan itu amat luas...
Engkau masih berdiri
pada semusim dingin dan kering
hingga kini panas berbahang
masih menjadi iklim nalurimu
tanah berpijak makin retak
dan dendam makin mendalam.
Engkau bukan pengemis
yang setia berdiri
dan berhaus lara
mengharap setitik belas
daripada belantara manusia
mengulit mimpi rindu
damai bahagia dipeluk dunia.
Engkau insan mulia
dibekal akal dan tubuh perkasa
sedikit dihiris uji hadiah Ilahi
engkau hiba meratap
bagai tiada nafas sejahtera
yang menanti di hujung langkah.
Pada lembah yang masih basah
dan hijau rimbun harapan
yang belum bersentuh
menanti tangan setia
pada usaha dan ikhtiar
serta tawakal kepada Tuhan
di situ engkau harus berdiri.
MYA MARJA
Bandar Seri Jempol, NS.
15 JUN 2007.
(Berita Minggu - 3 JULAI 2007)
~Ketika masih bersisa kudrat dan nafas, lembah nan basah masih banyak menanti tangan-tangan setia. Bernafaslah dalam sejahtera, walau hatimu penuh derita...berdirilah, atur langkahmu... Engkau akan temui kasih sayang Tuhan itu amat luas...
4 comments:
Salam,
Berdirimu teguh. Atur langkahmu tertib. Terserlah jiwa nan mulus, terungkap lunak dalam baris kata-kata yang disuarakan. Meredup hati. Alhamdulillah.
Teruskan menulis. Doa saya mengiringi.
Salam.
Kalau tak silap saya di BM semalam pun ada sajak kamu kan... Tahniah!
kang, indah sungguh bait kata-kata itu. ajariaku, kang.
Terima kasih, Saudari Bunga Rampai! Bila nak hantar puisimu ke akhbar itu?
Benar, sahabatku JP. Ikut juga ya kamu puisi di situ, terima kasih.
Dik Nin, biasa-biasa sahaja tu. Aku pun sedang belajar. Dulu aku tak masuk kelas. Lalu, pada suatu hari waktu makan tengah hari, cikgu tu panggil dan beri tip tulis. Itu saja. Kalau nak tip bagi alamat emel.. :)
Post a Comment