20 February 2008

SERAHKAN KEPADANYA

TINGGALKAN DAERAH LUKA ITU

Tinggalkan sahaja daerah luka itu
langkahkan kaki ke daerah baru
basuh luka-lukamu
bilas dengan segar harapan
semerbakkan harum impian
taburi bunga sabar istiqamah
dalam perjalanan pasrah tawakal
pujuk hati kembali cekal.

Mengapakah masih setia
menjadi penanti di daerah sepi
dia telah pergi
lupakan sahaja segala kenangan
yang dipenuhi mimpi silam
menambah parah luka lalu
makin derita tulus jiwamu.

Tuhan masih sediakan matahari
untuk kaugagahi terang siang
dan purnama peneman sunyi malam
untuk kaurawati hati
dengan nyanyi zikir puji
memohon restu Ilahi.

Seketika kauharus berdiri
langkahkan kaki ke daerah baru
tinggalkan daerah luka itu.

MYA MARJA
Bandar Seri Jempol, NS
.
20 FEBRUARI 2008.
~Usah dikesali masa yang berlalu. Biarkan ia pergi. Justeru, damaikan hatimu..ubati lukamu dengan sujud padaNya..pasrah. Tanggungjawab menantimu dengan seribu pengharapan.. ...kasih abadi.

Alhamdulillah...

1 comment:

Anonymous said...

Sahabatku..usah diingat pada sebuah kenangan yang akan menambah parah luka dihatimu...