16 February 2008

PADA SEBUAH KENANGAN

Seketika duduk menghadap skrin komputer, terdengar bait-bait lagu nan menyentuh rasa. Kadang-kadang, lagu mendayu sebegitu terasa begitu damai menenangkan, memujuk kembali hati. Sesungguhnya kenangan akan pasti terpahat dalam ingatan sampai ke akhir hayat. Andai sesuatu yang meruntun perasaan dikenang-kenang, diputar-putar kembali, hibanya hanya Tuhan yang tahu. Agar diri tidak terperangkap dengan cengkaman kenangan yang sebegitu, seboleh mungkin lupakan sahaja. Namun, apabila kenangan itu tiba-tiba mendatang, dan semakin mencengkam, …..oh, Tuhan!

Kenangan itu dengan jujur ikhlas datang, tanpa dipaksa-paksa, tanpa perlu bersusah-payah mengingatinya semula. Mungkin itu putarannya yang perlu dilalui seseorang insan…

Barang yang lepas jangan dikenang… kalau dikenang tentu menangis…
Barang yang lepas jangan dikenang… kalau dikenang meracun diri…

Tiap insan tidak kekal, tentu akan pulang di mana berasal. Jangan sedih, jangan pilu, serahkan pada Allah Yang Satu.

Dunia ibarat roda, naik turun tiada hentinya. Sama jua hidupnya manusia, ada yang riang dan ada yang duka. Barang yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang meracun diri…

Tak guna menangis memilu, makin sedih menambah derita. Lupakanlah semua yang berlalu, tidak akan mungkin kembali semula.

Barang yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang meracun diri.

Nyanyian: P.Ramlee (Nyanyian semula oleh Shidee)


Subhanallah!...

No comments: