21 August 2007

PAPA

Sewaktu diri dalam kepapaan, tertulis sajak ini. Sajak yang ditulis lantaran gerak dan getar hati selalunya dapat dibaca dengan kesan mendalam, walaupun ia hanya terdiri daripada beberapa patah kata mudah. Memang diri terasa papa dengan melambungnya segala harga walau di mana-mana. Bersama naiknya gaji penjawat awam, naik melangit juga harga-harga barang, yang kadang-kadang naiknya tanpa disedari. Bagi yang tidak bergaji tetap, sekadar bekerja kampung mengambil upah itu dan ini, bagaimana pula nasib mereka? Kasihan kepada si papa.


DIARI SEORANG PAPA

Aku lelaki papa
melangkah kata makna
terjerut hutang berjela
lantaran tuntutan dunia
yang melangit segala harga.

Aku lelaki lara
terlontar di gurun gersang
kehidupan
dan aku makin kontang
kering diterik duga
segala uji kulihat derita
namun tak sanggup mengemis lara.

Biar kulangkahi harapan
dengan perit nan dalam
tewas bukan pengakhir jalan.

MYA MARJA
Bandar Seri Jempol, NS.
(Berita Minggu 19 Ogos 2007.)


Alhamdulillah.....

No comments: