13 July 2007

BARBARIAN

Matanya sepet, rambutnya terceracak seperti duri landak. Kulitnya putih kuning. Bajunya putih, seluarnya hijau. Tangannya bergari ke belakang sambil diiringi dua lelaki berpakaian seragam biru gelap.

Aku cukup bergetar dan mendidih apabila mendengar berita itu. Pandai pula tunduk-tundukkan kepala, mahu selindungkan muka konon. Dasar pengikut syaitan! Memang panas hatiku hari ini menyirap ke muka dan ke kepala. Rasanya hendak terajang sahaja mukanya yang ditunduk-tundukkan itu. Selepas terajang muka, terajang pula perutnya biar sampai terburai. Kemudian ambil sebatang kayu, hayun kuat-kuat pada anunya itu. Dasar pengikut syaitan!

Bagaimanakah seorang aku boleh mendengar dan melihat berita itu terpampang jelas di TV3 itu? Apakah segala ruang syaitan itu sudah meresap ke dalam segenap ceruk laku hidup dan kehidupan ini? Betapa syaitannya budak sekolah itu yang sedang meningkat dewasa sanggup merogol gurunya sendiri!

Tahu pula malu, tunduk-tundukkan kepala. Hendak tutup muka konon! Kalau aku diberi kuasa, akan kuambil rotan panjang itu. Akan kulibas seratus libasan ke belakang badannya. Biar berbirat badannya. Biar lunyai! Itu kalau aku masih ikut peraturan. Kalau aku penganut barbarisme, memang saat ini juga kepala budak itu aku hentak dengan batu sedikit-sedikit. Biar retak, kemudian pecah.


Astaghfirullahalazim….!

No comments: