Jibunshi terbitan PTS Fortuna yang sudah habis kubaca tiga buah semuanya, walaupun daku memiliki kelapan-lapannya setakat tarikh ini; Dari Kepala Batas ke New Haven, Tegar, Mencari Dewasa, Jalan Jauh ke Kampus, Cerita Satu Impian, Biarkan Ia Terbang, Kawan dan terakhir Alunan Hidup.
Yang sudah selesai kubaca ialah Cerita Satu Impian-Haslisa Ramli, Biarkan Ia Terbang-Norehan Muhammad, dan Alunan Hidup-Ainin Naufal. Sememangnya ia sangat menyentuh rasa apabila cerita yang dipaparkan terlalu dekat dengan diri.
Haslisa Ramli (Cerita Satu Impian) itu terlalu derita, menumpang teduh di rumah orang tidak habis-habis. Namun, Allah ganjari dia dengan gelaran doktor akhirnya. Mungkin bukan kerana kesederhanaan dalam pencapaian peperiksaan yang membuatkan akhirnya dia menjadi seorang doktor, tetapi ketabahannya menghadapi segala kepayahannya itu. Daku juga seumur hidupku menumpang di rumah orang. Sewaktu di kampung dahulu, daku menumpang di rumah Nenek Piah. (Nantikan jibunshiku, yang entah bila akan siap!) Alhamdulillah.
Norehan Muhammad (Biarkan Ia Terbang) itu beruntung benar kurasakan. Dari seorang guru sementara, hanya berkursus dalam cuti untuk dapatkan sijil maktab perguruan, lalu selangkah demi selangkah kaki diatur, akhirnya menjadi seorang pensyarah maktab perguruan pula. Biar pun kehilangan suami tercinta, namun itu lumrah hidup; yang perlu sentiasa menerima uji. Akhirnya bertemu pengganti. Cita-cita menjadi juruterbang bertukar tangan kepada anaknya pula. Sebagai seorang guru, daku terasa-rasa ingin menjejaki kejayaannya. Alhamdulillah.
Ainin Naufal (Alunan Hidup) telah menyedarkan daku akan erti berjimat cermat. (Rupa-rupanya dia juniorku di sekolah dahulu, namun tidak pernah berjumpa. Dalam dunia penulisan daku jauh tertinggal!) Sabarnya dia dengan wang yang sedikit, masih mampu memberi sedikit untuk ibunya di kampung. Malah, sebulan sekali balik ke kampung. Subhanallah! Itulah perkara yang tertinggal dalam hidupku. Hatiku cukup terkesan semasa dia membawa hanya bekal roti ke tempat kerja. Hari ini cicah sardin, esok cicah kaya, lusa cicah kopi. Mengapakah diriku tidak sesabar dia sewaktu berbelanja? Setelah daku menyedari, daku sudah terlewat; ibu bapaku sudah tiada lagi di dunia ini….
Semoga mereka berbahagia di alam sana.
Terlalu banyak episod yang cukup menyentuh rasa, lalu mengalir jua air mata jejaka gagah ini..(Cis, jejaka gagah apa kalau baca cerita sedih sudah menangis!)
Alhamdulillah…
6 comments:
Eish! Jiwang jugak mamat ni. Patutla banyak puisinya... :-D
Kang Mya,
Terima kasih kerana sudi mengahbiskan pembacaan itu.
Sebetulnya daku tidak mengharap banyak dari jibunsyi itu, sekadar berkongsi cerita dan rasa. Aah... budak yang selalu main-main itu masih juga seperti dulu. Nakal dan degil.
Jiwa nan jiwang, terawang-awang
perasaan melayang,
bagai layang-layang
terbang di awan, berawang-awang.
Air mata nan tertumpah adalah manifestasiku pada kerinduan mendalam alam kecilku itu.. kalau dapat kuputarkan masa ke masa nan lalu..
Subhanallah...
jibunshi Ainin Naufal buat aku terkenang waktu zaman pesekolahan dahulu.
Membawa bekal nasi kosong berlaukan ikan masin cekik leher, makan sembunyi2...malu khuatir dilihat kawan2.
Sdr Mya Marja ku nanti olahan jibunshi mu...tentu sedih sekali.
Memang sah jiwang cikgu kita ni! Tapi tidak apa, tetap gagah...
Assalamualaikum..seronok berkunjung ke blog cikgu..
Post a Comment