Saat sepi menggamit, terkenang daku kembali pada masa-masa nan lalu. Masa lalu yang paling meninggalkan memori adalah kenangan hidup bersama ibuku. Waktu-waktu berjauhan semasa hayatnya, daku jua sering terkenangkan ibuku. Namun, jarak yang memisahkan daku untuk selalu pulang ke desa.
Kini, setelah dia pergi, daku sering merinduinya sendirian. Setelah dia pergi, baharu daku mengerti akan kasih sayang dan perasaan seorang ibu. Saat terkenang memori bersamamu ibu, daku titipkan puisi ini:
KELU
Ibu
mengenangmu daku kelu
air mata tumpah ke batu
dua nisanmu.
Kutegakkan semula
segala duka
menjadi restu doa
lambang kasihku
buatmu
ibu.
Mya Marja
24 MAC 2007.
Kini, setelah dia pergi, daku sering merinduinya sendirian. Setelah dia pergi, baharu daku mengerti akan kasih sayang dan perasaan seorang ibu. Saat terkenang memori bersamamu ibu, daku titipkan puisi ini:
KELU
Ibu
mengenangmu daku kelu
air mata tumpah ke batu
dua nisanmu.
Kutegakkan semula
segala duka
menjadi restu doa
lambang kasihku
buatmu
ibu.
Mya Marja
24 MAC 2007.
7 comments:
WAJAH IBU
Jernih sayu mata ibu
Merenung jauh beribu batu
Menembusi dinding dan tembok batu
Jauhnya renungmu wahai ibu
Bolehkah ku tahu apa di kalbu?
Hatiku berbisik ke hati ibu
Kenapa ibu terus membisu
Sambil jemari menggenggam kaku
Begitu ibu terus membisu
Ku terokai hati ibu
Hati ibu membalas bisikan
Membisu ibu merindu dakapan
Anak-anak yang jauh di rantauan
Sudah lama tak kelihatan
Hanya wajah dalam kenangan
Hati ibu terus berbisik
Betapa terkenang usik mengusik
Gelak ketawa adik beradik
Kini hati ibu berbisik sendiri
Memujuk agar tak serik
Dan terus menanti
Bukan posmen ditunggu ibu
Menghantar wang sekian ribu
Sekadar suara-suara rindu
Itu sahaja yang ibu mahu
Biar hilang rindu di kalbu
Biar berkembang segala kenangan
Tangan ibu ku genggam erat
Ku peluk ibu bersama titisan
Air mata dan cucuran sayu
Oh ibu…beban rindumu terlalu berat
Ibu…anak-anakmu akan datang melihat
Wajah ibu yang penuh berkat
Kak ez, puisimu menarik2 air mataku. ah, rindunya pada ibuuu....
Mya marja, semoga sukses.
~zalisa maz~
Terkadang, tika sesuatu yang amat berharga sudah sirna dari mata, baharu mata hati kita terbuka; dan melihat segala dengan perasaan mendalam... dan mendalam.
Saat kita kehilangan, baharu kita mengerti dan mahu menghargai... namun, segalanya tinggal kenangan bagiku..
Ibu...
Kasihmu tetap abdi
Tersemat kuat di sanubari
Walau jauh kau pergi
Al Fatihah sentiasa kuiringi
Selamat menyambut keputeraan KekasihNya
Kasih ibu memang tiada galang gantinya :)
Rindunya pada emak...
Saya jadi 'kelu' menatap puisi ini.
Post a Comment