21 February 2011

SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH







Sabtu, hari persekolahan ganti bagi cuti Tahun Baru Cina yang diambil sebelumnya. Hari ini digunakan sepenuhnya bagi Majlis Sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah. Dimulakan dengan sembelihan aqiqah pada petang Jumaat, tajaan guru-guru yang terlibat. Maka, guru-guru pun hadir beramai-ramai bagi tujuan melapah dan menghiris daging lembu secara bergotong-royong. Pagi Sabtu, majlis dimulai dengan perarakan berkeliling kampung, dalam anggaran jarak 2 kilometer. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan, mengikut rumah sukan masing-masing. Diikuti dengan ceramah oleh Ustaz NorHasni Abas; hebat ceramah sheikh ini. Antara isi kandungan ceramah beliau adalah tujuh perkara ajaib yang berlaku mengiringi kelahiran Rasulullah S.A.W. serta hikmat dan keajaiban Al Quran.

Majlis berhenti rehat, dengan guru-guru dijamu dengan roti bercicah sup tulang lembu. Alhamdulillah. Majlis bersambung dengan pertandingan deklamasi sajak bertema Rasulullah S.A.W. berselang seli dengan pertandingan nasyid. Majlis berakhir dengan jamuan kepada semua warga sekolah, berlaukkan daging lembu aqiqah. Alhamdulillah.


No comments: