14 February 2011

HARI YANG MENGARUT

Sekali lagi, bagi orang-orang yang mengarut, pada hari ini mereka menyambut Hari Mengarut. Hari Mengarut ini disambut dan diraikan secara global khabarnya. Dengan latarbelakang cinta dan kasih sayang sebagai tema, mereka mengajak umat manusia sama-sama mengingatinya. Yang hairannya umat Islam yang buta masih terus buta mata hatinya. Syukur juga, beberapa hari sebelum hari ini, telah digembar-gemburkan di media massa akan bahayanya umat Islam yang turut sama meraikan Hari Mengarut pada hari ini. Termasuklah para artis yang memberi komen bahawa mereka tidak meraikan pun Hari Mengarut ini. Tahniah kepada mereka, walaupun sebahagian mereka jenis yang masih belum mampu menutup aurat. Namun, kesederan sebegini amat membanggakan.

Semoga Hari Mengarut ini lama-kelamaan nanti langsung tidak disebut pun dalam media massa, khususnya dalam majalah-majalah Melayu dan Islam.

Kasih mengasihi tidak perlu menunggu hari ini sahaja. Kasih sayang sesama makhluk sepanjang masa.

No comments: