05 February 2011

JALAN-JALAN: TAMAN MINI MALAYSIA DAN ASEAN






Taman ini terletak di Air Keroh. Lokasinya berjiran dengan Zoo Melaka. Dulu-dulu pernah juga berkunjung ke sini. Penat berjalan kaki sekiranya mahu mengelilingi kesemua rumah contoh negara Asia Tenggara yang terdapat di sini. Tetapi, itu sahaja caranya kerana tidak disediakan basikal mahupun trem. Berbeza dengan rumah-rumah contoh negeri-negeri di Malaysia yang hanya di dalam lengkungan yang lebih kecil.

Kebanyakan rumah contoh negara Asia Tenggara sudah uzur dan reput. Justeru, hanya dapat melihat dari luar. Mahu makan belanja jutaan ringgit sekiranya mahu dibaiki semula. Rugi rasanya kerana tidak dapat masuk dan melihat-lihat ke dalam rumah-rumah ini. Bagaimana pula di mata pelancong asing apabila melihat keuzuran dan kereputan yang dihidangkan sebegini rupa?

No comments: