17 November 2009

SUKAN MINI

Kejohanan olahraga lazimnya berlaku pada awal tahun, atau pada semester pertama persekolahan. Begitu yang berlaku di mana-mana sekolah pun. Manakala hujung tahun dikhaskan bagi peperiksaan akhir tahun, majlis hari anugerah cemerlang dan perkhemahan unit beruniform, di samping perkhemahan Tahun 6. Akan tetapi, sekolah ini mengelolakan acara olahraga pada akhir tahun. Kiranya sewaktu guru-guru sedang sibuk amat dengan tugas memeriksa kertas peperiksaan akhir tahun dan bersiap sedia bagi majlis hari anugerah cemerlang.

Awalnya dulu memang mahu diadakan pada awal tahun. Akan tetapi bajetnya tidak mencapai tahap yang sepatutnya ada bagi sesebuah kejohanan dijalankan. Mana mungkin bajetnya cukup sekiranya ibu bapa tidak membayar yuran PIBG kepada pihak sekolah? Yuran itu nantinya yang membiayai kejohanan. Lalu, mana mungkin pula mereka (sebahagiannya) mahu membayar yuran, padahal dulu ada menteri kata tidak bayar pun tidak mengapa.

Maka, kejohanan yang terlajak tarikhnya itu pun dijalankan juga. Disebabkan bajet yang amat ‘ciput’, maka ditukar nama kejohanan itu menjadi sukan mini. Ibu bapa yang menyaksikan sukan itu pun hanya segelintir daripada sejumlah ibu bapa yang sepatutnya. Tiadalah acara tarik tali, yang pada kebiasaannya menjadi simbol kemeriahan acara sukan seperti ini. Tiada juga acara untuk ibu bapa atau pegawai sukan. Perasminya juga hanya orang dalaman. Begitu pun juga, sukan tetap berjalan lancar, hasil komited para pegawai sukan yang terdiri daripada guru-guru.


Alhamdulillah…

2 comments:

kak ila said...

itulah, bila cakap tak serupa bikin & berjanji kemudian mungkir, yang ruginya anak2 (rakyat). kan cikgu?
p/s :Tapi, LAIN PADANG LAIN BELALANG...

MYA MARJA said...

Kenyataan pasal yuran itu banyak implikasinya Kak Ila. Hari Anugerah Cemerlang pun terpaksa guna bajet ciput juga. Apa nak dibuatkan lagi? Alhamdulillah.