29 October 2009

SETELAH TRAGEDI

Seorang maut, dua belum dijumpai, 19 yang lain berjaya diselamatkan. Siasatan telah dijalankan, namun belum berani diwartakan. Andai guru juga yang disalahkan, akhirnya jadilah guru yang hanya mengajar di bilik darjah. Aspek keselamatan sudah pastinya telah diambil sebelum perkhemahan dijalankan. Namun, apabila jambatan sebegitu pun boleh tumbang, pastinya binaannya yang tidak kukuh terpacak. Lebih-lebih lagi apabila berhampiran dengan laluan air.

3 comments:

Rasha_rz said...

1 yg peliknya, tidakkah murid2 tu dibekalkan jeket keselamatan? malang memang tak berbau, kemalangan ada di mana2. sekurang2nya hati masyarakat puas kalau sudah disediakan pelbagai pelengkap diri menghadapi malang.

YANG TERJADI SUDAHPUN TERJADI, YG TINGGAL SEKARANG - TUDING MENUDING, SALAH MENYALAH....
HARAPNYA TIDAK AKAN TERJADI LAGI...

MYA MARJA said...

Jaket keselamatan dipakai sekiranya ada aktiviti air. Situasi yang ada adalah murid-murid sedang menyeberang jambatan. Perkara sudah terjadi; tetapi masakan disebabkan murid berjalan di atasnya atau cuba menggoyang-goyang sedikit, sudah roboh?
Ada orang kata itu projek mi segera. Sama halnya mungkin dengan stadium besar yang roboh itu (kejadian berlaku di Malaysia).

kak ila said...

Malaysia, biasalah.........
tak habis2 dgn sudah terantuk baru tengadah. tak serik2. asal poket berisi, sengehlah gusi.