19 May 2007

FOKUS

Dalam menyungguhi sesuatu pekerjaan, sesuatu projek dan sesuatu urusan, fokus adalah perkara terpenting diberi perhatian. Andai tidak fokus kepada sesuatu hal yang disungguhi, bukan sahaja ibarat hangat-hangat najis ayam, bahkan yang hujung dapat yang pangkal lesap; yang dikendong keciciran, yang dikejar tidak dapat.

Dalam menggagahi lima atau enam projek, terpaksa juga membuat pilihan. Huh! Dalam suatu persimpangan, ada dua atau tiga jalan di hadapan; dalam satu bulatan berpusing, ada lima atau enam lorong yang perlu dilalui, maka satu lorong atau satu jalan sahaja yang perlu dilalui. Pabila hala tujuan sudah dikenal pasti, maka sampaikan dahulu ke destinasi. Pabila destinasi sudah digapai, kembali semula ke bulatan berpusing atau persimpangan jalan, lalui pula lorong atau jalan yang lain; ulang semula sebagaimana lorong atau jalan pertama tadi.

Namun, dalam situasi yang lain, mungkin kita perlu menjadi seperti air yang mengalir di sebatang sungai. Sewaktu mengalir, ada lima atau enam batang anak sungai yang dilalui. Setiap kali melalui setiap anak sungai, maka mengalirlah air ke situ. Dalam satu masa yang serentak, lima atau enam anak sungai terisi dengan air sungai yang sentiasa mengalir.

Hmm.. fokus.. fokus.. fokus..!


Subhanallah...

8 comments:

Bunga Rampai said...

Salam,

Sedang banyak kerja dan projek?Fokus!

Saya suka analogi air itu :)

Sastri said...

biasanya kalau dah byk sangat kerja yg perlu disiapkan dalam tempoh tertentu, nak fokus pun susah... tengah buat satu, teringat kat satu lagi... :D

blackpurple @ jowopinter said...

Sifu saya pernah memberi analogi sebegini dalam berfokus. Bayangkan meniti sebuah jambatan tali untuk ke seberang. Kalau berfokus pada tali itu tentulah gayat. Lalu berfokuslah pada destinasinya di seberang sana.

:)

Achik_Sufi said...

bersabar amat diperlukan dalam setiap perkara yang kita lakukan...

Anonymous said...

Semoga tercapai apa yang difokuskan. Kang, saya mencari2 kelibat kang di bengkel Sabtu semalam. Tapi tak jumpa. Absent ya?

~Ainin Naufal~

MYA MARJA said...

Bunga Rampai,
Ada dua tiga empat projek perlu disiapkan; apabila datang projek kelima, dilupakan dahulu.. sabar..

Sastri,
Sifu saya kata; buat kesemua sekali, tetapi perlu ada pembahagian masa. Cuma terkadang tenaga kehabisan.

Blackpurple,
Saya suka falsafah sifu kamu; seperti hendak membaling sesuatu, fokus pada perkara yang hendak dibaling, bukannya pada benda yang digunakan untuk membaling.

Achik sufi,
Sabar.. sabar.. belajar rajin-rajin, ya.

Ainin Naufal,
Bimbang tidak terbawa projek yang lain, maka bermohon mengundur diri hari Sabtu yang berbahagia itu. Hu hu..

Unknown said...

Ya, fokus cikgu. Jgn tidak2!

ez said...

Saya pernah mendapat satu tip dari seorang guru tentang FOKUS. Alah ajarkan Fokus bermula ketika solat dan itulah satu latihan yang paling berkesan untuk kita bawa ke luar solat. Selamat memfokus!

Suka analogi sungai tu. boleh jadikan sebuah puisi :)