I
Mengapakah agaknya pada hari ini seorang tuan rumah menghebahkan kepada penduduk kampung bahawa dia akan menebang pokok yang tumbuh di halaman rumahnya tiga tahun akan datang? (Pokok yang tumbuh itu kian hari kian menghalang laluan murid dan pelajar sekolah yang melalui laluan itu; dan itulah satu-satunya laluan bagi menuju ke sekolah. Akar pokok yang berselirat dan timbul berbonjol-bonjol hingga ke permukaan jalan itu sudah kerap kali menyungkurkan murid dan pelajar yang lalu di jalan itu. Malah, pelajar universiti pun ada yang tersungkur apabila melalui laluan mesti tempuh itu. Penduduk kampung sebenarnya sudah lama terjerit-jerit dari luar rumah si tuan rumah agar pokok itu ditebang sahaja. Akan tetapi, pelbagai dalih diberi oleh si tuan rumah bagi menyelamatkan pokok yang baru enam tahun berada di halaman rumahnya itu.)
Alhamdulillah...!
6 comments:
Analogi yang menarik!
hmmmmm, mari kita fikirkan sebabnya.
PROMOSI ; NOVEL SCL dah terbit. jumpa kak ila di PKNS shah alam nanti 1 & 2 ogos ni ye? dan... 25,26 ni di PNM. jom?
ha, terlupa pulak. ada kisah rotan, guru, murid & bapa dalam blog akak. jom cikgu baca & nilaikannya.
Shima,
Perkembangan yang menarik juga.
Kak Ila,
Moga terus lestari. Rotan, jangan tak rotan. :D
Sebenarnya ni kisah rumah sewa ke kisah pokok yang ada kat depan rumah sewa?
Maharam,
Ini kisah taktik tuan punya pokok dan sekaligus penyewa sementara rumah besar itu. Penyewa saja tarafnya tu.
Mungkin ini dialog yang dilontarkannya, "Ya aku akan tebang pokok itu, tetapi bagi aku masa tiga tahun lagi. Ada urusan yang perlu dilangsaikan tentang pokok itu terlebih dulu." :D
Post a Comment