PINTU
Apabila satu pintu tertutup,
satu pintu lagi akan terbuka.
Langkahkan kaki ke sana,
jangan berdiri dan meratap hiba
di pintu yang tak akan terbuka semula.
Apabila satu pintu tertutup,
Apabila satu pintu tertutup,
masih ada pintu lain untuk kita buka.
Kerahkan kaki ke sana, arahkan tangan membukanya,
jangan berdiri sahaja di pintu yang telah tertutup rapat untuk kita.
Apabila satu pintu tertutup, pintu-pintu lain menanti untuk kita buka.
Apabila satu pintu tertutup, pintu-pintu lain menanti untuk kita buka.
Langkahkan kaki ke sana,
jangan berdiri sahaja di pintu yang telah terkatup rapat
dan tak mungkin terbuka.
Apabila pintu terbuka menanti kunjungan,
Apabila pintu terbuka menanti kunjungan,
jangan kita asyik berangan.
Langkahkan kaki ke sana,
jangan berdiri sahaja di pintu yang telah tertutup untuk kita,
jangan!
Apabila satu pintu tertutup, dan pintu-pintu lain tidak terbuka,
Apabila satu pintu tertutup, dan pintu-pintu lain tidak terbuka,
maka berakhirlah catatan rezeki untuk kita.
Kembali kita pada Yang Esa.
MYA MARJA
Bandar Seri Jempol, NS.
6 MEI 2009.
Alhamdulillah...
MYA MARJA
Bandar Seri Jempol, NS.
6 MEI 2009.
Alhamdulillah...
3 comments:
ha...
bukalah pintu ke blog kak ila. ada perkhabaran baik untuk para penulis. pintu kak ila sentiasa terbuka.
Alamak! Best nye baca puisi ni...macam main-main tapi dalam maknyanya!
Kak Ila, dah buka. Memang perkhabaran baik tu.
Maharam, saja-saja tulis bentuk lain. Mendalam :D
Post a Comment