29 January 2009

RM LAWAN BOIKOT



Cuti tahun baru Cina yang lalu, aku sempat ke pasar raya di tempatku, membeli barang keperluan. Sampai di suatu sudut berhampiran kaunter pembayaran, mataku tertumpu pada satu promosi oleh sebuah syarikat minuman. Syarikat minuman berjenama terkenal di seluruh dunia itu mengumpan RM80,000 bagi sesiapa sahaja yang bertuah, pastinya yang membeli minuman tersebut. Jenama minuman itu dideretkan sekali dengan minuman yang menjadi adik-beradik kepada syarikat pengeluar itu. Syarikat mana lagi sekiranya bukan syarikat yang kita beria-ia mahu memboikot barangan keluaran mereka. Rupa-rupanya adik-beradiknya banyak! Kita pun pastinya tidak dapat menafikan keenakan dan kelazatan minuman syarikat ini; kelazatan yang bercampur penyakit. Dari satu sudut, kandungan gula di dalam minuman-minuman ini adalah tinggi: satu sumber masuknya penyakit. Dari sudut lain, kita membayar sejumlah wang kepada syarikat Yahudi ini bagi membeli minuman tersebut: satu lagi sumber penyakit! Sebahagian keuntungan wang itu pula bagi menjana rejim yang mengganasi saudara-mara seagama dengan kita, keganasan tersusun dan tanpa henti.

Teringat dahulu sewaktu kempen boikot ini. Betapa setiap seringgit wang yang kita berikan kepada mereka bermakna sebutir peluru kita berikan kepada mereka. Peluru tersebut yang digunakan bagi menembak saudara seagama kita di Palestin itu. Apabila memikirkan tentang ini, apalah sangat keenakan sehingga menjilat jari itu berbanding dengan kesakitan yang dideritai saudara seagama dengan kita di sana. Apalah sangat kelazatan air minuman keluaran mereka berbanding kehancuran yang mereka hadiahkan kepada warga Palestin!

Menyedari kempen boikot ini, memungkinkan mereka menyusun strategi agar barangan keluaran mereka terus-menerus dibeli oleh rakyat Malaysia khususnya. Nah, RM lawan boikot!



Subhanallah…!

8 comments:

maharam said...

Situasi itu memang terpaksa dihadapi oleh semua orang yang ada niat nak boikot. Seluruh dunia gendangkan supaya boikot barangan mereka, mereka tetap ada cara untuk pesongkan niat tu. Turunkan harga, buat promosi gila-gila, kemudian...umpan dengan hadiah-hadiah sebegini. Kalau hati mudah lupakan tentang niat boikot itu, kita sendiri tahu mana letaknya diri sendiri kan? Mmmmm bukan mudah...

MYA MARJA said...

Satu lagi situasi menyebabkan kita payah mahu berubah, adalah sebab sudah terbiasa dengan produk mereka. Ke mana-mana sahaja kaki melangkah, produk mereka menguasai. Andai kita mampu membayangkan derita warga Palestin setiap kali mahu membeli barangan mereka, tidak akan tergamak untuk kita meneruskan niat itu.

Anonymous said...

boikot..jangan tak boikot!...lama tak masuk sini...selamat menulis! :)

Anonymous said...

ya. boikot! tapi jangan boikot Usang. sebab Usang segala2nya utk rakyat malaysia. mewakili generasi dulu & kini. kenangan yg menyakitkan!!!!

MYA MARJA said...

Cik Anon,
Pelik juga ya apabila melihat ramainya orang Islam di Malaysia yang masih mengunjungi restoran segera itu. Mereka tidak ikuti perkembangan semasa, atau mata hati mereka telah buta? Selamat menulis juga... :)

Kak Ila,
Boikot sambil promosi Usang... :D Jumpa di kedai buku nanti saya beli insya-Allah. Teruskan perjuangan buat Kak Ila!

Unknown said...

rasa2nya mereka seperti terdesak. ketika saya dan suami ke sebuah pasaraya seorang jurujual menawarkan barangan jenama ****** kepada kami. pelik juga, tak pernah pun barang yang terkenal itu dijaja2 sebegitu rupa :D

Anonymous said...

hehehe... promisi lah sesikit dik. bukan utk keuntungan wang ringit, tp kak ila berhajat ramai yg dapat menghayatinya.

MYA MARJA said...

Puan Zalisa,
Sasaran jualan mereka merudum agaknya. Harapnya terus merudum, dan semangat boikot terus sebati dengan kita.

Kak Ila,
Akan kuhayatinya... :) Selamat terus menulis ya.