Berita semalam: Lebih 800 korban serangan Israel di Gaza
BANDAR GAZA: Sekurang-kurangnya 800 terbunuh di Semenanjung Gaza sejak Israel melancarkan serangan agresif terhadap wilayah itu, dua minggu lalu. Ketua Perkhidmatan Kecemasan Gaza, Dr Muawiya Hassanein, berkata jumlah itu tidak termasuk 3,330 mangsa yang cedera sejak tentera Israel mengebom bahagian pesisir pantai Gaza yang menempatkan markas Hamas. Di pihak Israel pula, lebin 10 askarnya dilaporkan terbunuh manakala tiga orang awam pula turut maut akibat serangan roket dan mortar yang dilancarkan Hamas, khususnya di selatan Israel. - AFP
Berita hari ini: Israel makin buas
PENDUDUK Palestin mengutip cebisan al-Quran yang musnah selepas Masjid al-Fadilah di Rafah dibom dalam serangan udara tentera Israel, semalam. - Foto Reuters
Pasukan perubatan jumpa mayat mangsa dimamah tikus, anjing BANDARAYA GAZA: Tentera Zionis terus mengganas dengan pertempuran sengit berlaku antara tentera rejim itu dan pejuang Hamas di pinggir bandar raya ini semalam, ketika pasukan infantri Israel semakin hampir ke kawasan paling ramai penduduk. Sementara itu, anggota perubatan Palestin yang sering terlewat menuju lokasi serangan berikutan bedilan yang berterusan, melaporkan dalam beberapa kes mayat mangsa yang ditemui didapati sudah dimamah tikus dan anjing.
Pesawat tempur Israel terus melancarkan serangan bom di sepanjang sempadan Mesir dan Gaza semalam, berhampiran bandar Rafah menyebabkan tingkap terminal imigresen pecah. Saksi berkata, tentera Israel melepaskan bom fosforus di Khouza, sebuah perkampungan berhampiran sempadan, mengakibatkan sederet rumah terbakar. Pegawai hospital, Dr Yusuf Abu Rish berkata seorang wanita terbunuh, manakala 100 lagi cedera kebanyakannya akibat terbakar dan terhidu gas bom terbabit.
Pertempuran yang masuk hari ke-16 itu setakat ini sudah mengorbankan lebih 875 orang, ketika Mesir meneruskan usaha mencari jalan penyelesaian di wilayah itu. Saksi Palestin berkata, pertempuran di kejiranan Sheikh Ajleen bermula sebelum subuh dan berlarutan sehingga pagi, apabila angkatan darat Israel bersama kereta kebal mara ke arah Bandaraya Gaza yang mempunyai 400,000 penduduk.
…………………..
Daripada rentetan kekejaman Israel terhadap umat Islam Palestin, masihkah kita tergamak membeli barangan milik Yahudi mahupun para penyokong Yahudi? Barangan Yahudi, juga Amerika telah terlalu akrab dengan kita. Pergi sahaja ke restoran, kedai makan, kedai kopi, gerai di tepi jalan, manakah antara peniaga makanan dan minuman ini yang tidak menyediakan Milo, Nescafe, mi segera Maggie? Bagi pengguna berduit lebih, restoran KFC, McDonald, Starbucks Coffe menjadi tumpuan. Milik siapakah rangkaian restoran makanan segera itu? Barangan Nestle pula telah terlalu akrab dengan bayi-bayi di Malaysia, juga pada semua lapisan masyarakat.
Kita yang menggunakan komputer ini, perisiannya dari mana? Oh, telefon bimbitku berjenama Nokia!
Mana-mana yang mampu kita tolak, pastinya kita akan memboikotnya. Sekiranya ada Milo atau Nescafe yang masih berbaki di dapur, haruskah kita membuangnya? Mana-mana yang berbaki, habiskan sahaja. Akan datang, carilah alternatif. Mana-mana yang boleh kita tolak, kita boikot. Jangan pula hangat-hangat tahi ayam dalam hal memboikot ini.
Yang beria-ia terjerit terpekik dan berdemonstrasi menentang kekejaman Israel, harapnya mereka benar-benar bersih daripada anasir produk Yahudi dan para penyokong Yahudi. Jangan pula hendaknya sesudah habis berdemonstrasi, hisap rokok Amerika, minum minuman Yahudi, makan di restoran segera yang menjilat jari. Atau pun mungkin sewaktu berdemonstrasi itu ada yang berpakaian produk Yahudi.
Sama-samalah kita berdoa agar saudara seagama kita terlepas daripada penderitaan itu. Yang hairannya, selepas solat Jumaat lalu, ramai yang angkat kaki sewaktu solat hajat khas untuk rakyat Palestin itu didirikan. Di manakah rasa keinsafan? Di manakah rasa persaudaraan Islam kita? Bukankah kita umpama anggota badan yang mana jika satu anggota badan merasa sakit, anggota badan lain turut merasai sakitnya? Hairan sungguh!
Subhanallah...!
5 comments:
subhanallah. mintak2lah rantau ini dipelihara dari keganasan yg melampau.
pasal pemulauan brg2 dari negara jahanam itu, yg dah dibeli tu usah dibuang selagi ianya halal. kang membazir pulak. membazir itu kerja syaitan.tapi kalau dah habis, usah dibeli lagi. byk lagi benda halal di bumi Allah ni. dan yg merokok tu, tengok2lah negara dtgnya. sudahlah membazir itu kerja syaitan, bakar jantung & paru2, membunuh diri tupun dosa besar jg. jadi, lu pikirlah sendiri.
kebayakan kita hanya pandai menjerit, kerana menjerit terlalu mudah dari melawan nafsu :(
Kak Ila dan Ustazah,
Sama-sama kita terus berdoa agar saudara seagama kita diberi keamanan, keselamatan dan kekuatan. Berdoa juga agar hati-hati yang mati hidup kembali. Mata-mata yang buta celik semula. Mereka dikelilingi negara minyak yang kaya, tetapi masih buta; hati yang mati; tangan yang terikat bagai tanpa ada rasa.
Salam Mya Marja,
Semoga kita yang masih mampu berfikir menjadikan peristiwa ini sebagai pengajaran. Sekurang-kurangnya kita kembali kepada diri meneguhkan iman.
Semoga Allah SWT melindungi dan memberi keamanan kepada Palestin. Semoga Allah SWT memberi balsan setimpal di dunia dan akhirat kepada orang-orang Yahudi yang menganiaya itu.
Salam BR,
Adanya kesakitan dan derita di sana, memberi peluang kepada saudara seagama mereka membantu. Paling tidak pun, doakan mereka agar beroleh sejahtera; andai itu sahaja yang mampu kita lakukan. Kesakitan mereka adalah kesakitan kita.
Post a Comment