29 December 2008

SALAM MAAL HIJRAH

Tahun berganti lagi. 1430 Hijrah menjengah. Alhamdulillah, masih Tuhan memberikan kesempatan melafaz doa akhir tahun dan awal tahun. Dimulai dengan lafaz doa, semoga hari mendatang memberi lebih makna dan kebaikan. Kebaikan juga yang kuharap dapat kuberikan kepada orang lain. Dalam menyambut tahun baru ini, saudara seagama kita di Palestin menerima bala lagi. Bala, ujian atau apa? Ketika Israel dengan rakus melontarkan kezaliman mereka ke atas umat Islam Palestin, apakah kuasa saudara seagama mereka? Apakah pula cara kita bagi membantu mereka di sana? Yang paling ringan adalah mendoakan mereka. Yang ringan juga, namun bukan mudah dilaksanakan adalah dengan memboikot barangan keluaran Yahudi dan puak-puak mereka. Bercakap memang mudah, namun adakah kita mampu?

Salam maal hijrah. Mereka akan terus berjuang. Kita juga akan terus berjuang. Hari ini, tahun ini hendaknya lebih baik berbanding semalam dan tahun lalu. Walau sedikit kaki dilangkahkan ke hadapan, di hati tetap mengharapkan sesuatu yang lebih baik. Pastinya usaha juga harus digandakan. Semoga semangat dan keazaman terus membara.

Selamat menyambut tahun baru dan selamat terus berjuang wahai para sahabatku!


AllahuAkbar!

4 comments:

Anonymous said...

Salam Maal Hijrah Kang,

Moga lebih lumayan di tahun mendatang.

MYA MARJA said...

Salam Maal Hijrah kembali Mal. Makin kencang ya. :D

Bunga Rampai said...

Salam Maal Hijrah Mya Marja. Semoga yang indah-indah dan baik-baik diberi Tuhan buatmu :)

MYA MARJA said...

Salam Maal Hijrah jua buat BR. Bersyukur dengan yang indah, yang baik, jua segala ujian yang diterima. Alhamdulillah. :)