01 January 2009

SELAMAT DATANG 2009

Tahun masihi berganti lagi. Selamat datang 2009. Semoga azam dan semangat baru terus menyala-nyala. Bukan memercik seketika, umpama percikan bunga api ambang 2009 di Dataran Merdeka itu. Percikan yang begitu gah, mewah dan membakar. Namun, hanya seketika. Entah berapa RM telah terbakar percuma.

Maka, setahun lagi hayat kita telah habiskan. Langkah yang semakin menuju ke alam kekal. Dalam semangat melaksanakan azam, pastinya waspada juga dalam setiap amal perbuatan. Semoga lebih banyak kebaikan yang dapat dilaksanakan. Semoga juga langkah kita makin cemerlang, dan yang lebih penting mengundang keredaan Tuhan.

Selamat terus berjuang!


AllahuAkbar…!

4 comments:

Nazmie Samarahan said...

Salam..Tahniah atas kemunculan buku baru..sesuai menjadi bacaan bakal guru seperti saya..

Ku Keng said...

Azam tahun lalu bak api minyak nyior ditiup angin. Baru sebentar menyala sudah malap kemalapan.

Rasha_rz said...

ya mya marja. moga cemerlang kita di sini, cemerlang juga di SANA

MYA MARJA said...

Salam Ustaz Nazmi,
Semoga ada kebaikannya. Tahniah kerana menjadi guru!

Tuan Ku,
Tahun lalu biarkan berlalu, tahun ini Allah beri peluang lagi. InsyaALLAH.

Kak Ila,
Cemerlang, gemilang, terbilang... jangan temberang sudahlah. :D