Apabila kita menyebut ‘tidak gagal’, apakah yang tertafsir sebenarnya dalam otak, dalam fikiran? Bagi otakku yang tak berapa luas ini, atau dengan kata lain, otak yang sempit ini, frasa itu membawa maksud, ‘kita telah melepasi garisan gagal’. Atau pun, ‘kita sedikit lagi hampir gagal, namun nasib berpihak kepada kita kerana tidak terjerumus ke lembah gagal’. Noktah.
Bukankah lebih elok dan lebih membelai perasaan apabila frasa ‘tidak gagal’ itu diganti dengan ‘berjaya’. Ini sekadar contoh ayat: Pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris ternyata berjaya, malah membanggakan seluruh rakyat Malaysia! Bukankah hambar terasa apabila ayat itu berbunyi: Pelaksanaan pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris ternyata tidak gagal, berdasarkan keputusan UPSR baru-baru ini.
Noktah!
Allahuakbar…!
7 comments:
kalau yang ambil dalam BI hanya 30% dari 100 ribu calon, hah... apa jayanya? Apa lagi kalau gred tu direndahkan...
Tuan Kholid,
Gred memang sentiasa ikut cuaca semasa. Guru yang mengajar mendidik mereka dapat merasakannya.
Tidak tahu apa motif sebenar KPM jika ingin meneruskan PPSMI di negara kita. Biarpun kuantiti prestasi membanggakan, tapi tersiratnya kualiti di kalangan pelajar adalah tidak seperti diharapkan terutamanya pelajar di pedalaman..
Tuan Abdul,
Motif di sebaliknya kadang-kadang kita dapat meneka. Meneka dalam kesamaran. Kita yang paling dekat dengan mereka, anak didik kita, apakah kita juga mahu berdusta? Siapalah kita?
err... sekali-sekali mendgr luahan hati biras saya, seorang guru saya tahu hakikat sebenarnya ;)
Tidak gagal / berjaya sama juga dengan lulus, kan?Ha, cuba pulak buat ayat cikgu tu dan ditukar dgn lulus. macam mana bunyinya ya? Cikgu lebih arif. cubalah binakan ayat?
p/s: gurau je dik. sebenarnya dah lama kak ila tak jengah ke sini. Sibuk sangat.
Ustazah Zalisa,
Biras guru pun tahu hakikat sebenar, apatah lagi yang sudah sah namanya guru.
Kak Ila,
Markah lulus boleh sahaja ditinggi rendahkan. Yang ingin dilihat adalah, sama ada anak murid itu faham atau tidak.
Selamat terus menulis. Sudah ada nama memanglah sibuk sentiasa. :D
Post a Comment