
Menanti sesebuah manuskrip bagi diterbitkan kadang-kadang mengundang debar. Mana tidaknya, berbulan-bulan juga menantikannya. Apabila diberitakan ia akan terbit, dengan muka hadapan yang telah jelas terpapar, ada kelegaan di hati. Ada sebab yang kukuh untuk aku berasa lega. Pastinya sebab manuskrip jibunshi yang merupakan karya pertamaku itu belum ada rezeki bagi diterbitkan, walaupun pada awal tahun dahulu ia mendapat jadual penerbitan pada bulan Julai 2008 lalu. Apabila saat Julai menjengah, aku dimaklumkan oleh editornya bahawa penerbitan jibunshi itu ditangguhkan ke tarikh yang akan diberitahu kelak. Aku tetap memahami strategi penerbitan dan kehendak pasaran pastinya yang telah dicongak oleh pihak penerbit. Itu bidang tugas mereka, aku tetap memahaminya.
Ini dia, manuskrip yang lama juga kuternantikan terbitnya telah siap muka hadapannya. Sewaktu menyemak pruf tempohari pun tidak banyak masalah, cuma aku ini lambat sedikit menyelesaikannya, maklumlah banyak kerja hakiki yang perlu dibereskan (J ..alasan). Alhamdulillah…
Novel Naga ini akan diterbitkan secara bersiri. Pada awal projek dahulu, sekumpulan penulis telah ditaklimatkan tentang projek ini. Ia bermula daripada cetusan idea Tuan Martias Ali. Teruja juga dapat menulis cerita ilham daripada penulis skrip handalan itu. Sebenarnya sewaktu perbincangan itu, ilham Naga ini adalah bagi projek penulisan skrip animasi, pastinya di bawah perancangan Tuan Martias Ali. Mudah-mudahan projek itu turut tercapai sasaran. Sementara menunggu projek itu mendapat lampu hijau seterusnya, maka pihak PTS telah mengambil inisiatif bagi menerbitkan Naga dalam bentuk novelnya dahulu. Esok lusa, jika sudah banyak novel Naga ini terbit, maka mudah bagi kumpulan penulis Naga ini menghasilkan skrip animasinya. Mudah-mudahan berjalan lancar. Mudah-mudahan juga aku dapat membereskan manuskrip-manuskrip Naga seterusnya dengan lancar. Kepada rakan-rakan lain yang terlibat dalam projek ini, kuucapkan selamat berkarya dan teruskan perjuangan!
Alhamdulillah…..
10 comments:
Tahniah buat sahabat...!
Berkat kesabaran ahkirnya pasti akan membuahkan sesuatu yg menggembirakan.
Didoakan semoga sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan.Amin
Salam ramadhan:)
tahniah kang. Selamat berpuasa.
Assalamualaikum sahabat..
Tahniah! Teruskan perjuangan ini..tanpa jemu...
Salam Ramadhan dan selamat berpuasa,
Tahniah!
hai, salam ramadhan adik... kak ila kunjung seketika, sekadar membalas kunjungan adik.masuk ke sini ternampak NAGA. waduh! hebat tu.semoga tidak tenggelam ia di tasik cini. tahniah & selamat berkarya
Salam Ramadhan,
Setinggi tahniah dari saya. Teruskan berkarya. AnugerahNya usah ditenggelamkan - ia merapat hubungan denganNya dan manusia lain.
Tahniah sekali lagi :)
Cemburu! Cemburu! Saya benar2 cemburu ni!
Terima kasih sahabat-sahabatku semua. Ucapan tahniah dan sokongan kalian amat mengharu jiwa, moga menjadi tonik untukku terus berkarya. Selamat berpuasa jua kuucapkan kepada sahabat-sahabat semua. Ustazah, kenapa cemburu? Itu baru satu, ada banyak lagi sinopsis Naga nak tulis tu.. :)
Tahniah di atas kelahiran buku baru. Pasti akan lebih memeriahkan dunia perbukuan Melayu. Wah! dah ada dua batang pokok getah!
Kamal
TQ Mal. Meriah hendaknya. Pokok getah di negeriku kurus-kurus, Mal. Berbeza amat dengan di negerimu. :)
Post a Comment