Setiap soalan pasti ada jawapan. Tidak kisah sama ada jawapan itu benar atau sebaliknya. Yang penting, jawapan pasti ada. Setiap soalan yang memerlukan jawapan pasti, pastinya jawapan yang benar diinginkan. Jadi, jika jawapan yang diberi terlalu menyimpang daripada kebenaran, maka kepalsuan yang muncul!
Sewaktu menjawab soalan peperiksaan, khususnya yang memerlukan jawapan bertulis, satu petua yang boleh sahaja digunakan adalah: Jawab sahaja setiap soalan yang diberi. Betul atau salah, kita serahkan pada nasib, asalkan berjawab. Jangan biarkan kosong ruang jawapan yang diberi. Lebih-lebih lagi jawapan yang berbentuk esei. Esei mesti panjang, lima enam muka surat paling kurang. Keputusan yang bakal muncul mungkin sudah dapat diteka. Tidak kisah andai jawapan salah, yang penting hati lega dapat menjawab semua soalan yang diajukan.
Berbezanya dalam realiti yang ditonton oleh ramai orang. Sengaja mengundang padah namanya jika banyak soalan yang diajukan dibalas dengan jawapan yang meragukan, kosong dan kontang! Yang ada hanya perkataan-perkataan tanpa makna. Di manakah kedudukan kita?
Alhamdulillah…!
5 comments:
Sahabat seperjuangan..cikgu muda..
Soalan saya..apakah awak telah menemui jawapan terhadap persoalan-persoalan yang sering menghantui awak dahulu dan kini?
Sahabat...
Jawapannya terkadang terlalu rahsia dan jauh untuk digapai. Kadang-kadang kita lebih gemar mencari jawapan yang termudah..laluan suratan.
Salam,
Kita menjadi bingung. Ditinggalkan sendirian. Hanya pada hati-hati yang mahukan Kebenaran akan mencari jawapan bermakna.
dan, soalan paling sukar untuk dijawab :
siapa aku? sejujurnya jawab dalam 10 m/s & sedia untuk tatapan umum.
Salam kembali Bunga Rampai,
Bingungnya kita masih ada denai yang terentang di hadapan. Usah sampai mata dan hati tak terlihat laluan. Teruskan mencari jawapan pada setiap soalan.
Kak Ila,
Soalan paling sukar dijawab adalah soalan yang tidak mungkin kita ketemu jawapan pasti. Ah, abstraknya Kak Ila kali ini!
Post a Comment