PADA SEBUAH UJIAN
Usah ditangisi atau diratapi
pada sebuah pertemuan
yang berakhir perpisahan
kerana itu adalah ujian
tanda kasih dan sayang Tuhan.
Usah dipersoal atau dikesal
pada sebuah perpisahan
tanpa kaurelakan
di hujung ikhlas pertemuan
kerana itu adalah ujian
buat insan pilihan.
Usah derita merintih lara
pada sebuah kenangan
yang memahat kelukaan
kerana luka semalam adalah ujian
sengaja Tuhan bekalkan
buat mengiringi perjalanan
nantikan nikmat balasan.
MYA MARJA
Bandar
18 FEBRUARI 2008.
(Berita Minggu – 4 MEI 2008)
Kiranya masih datang lagi ujian demi ujian dalam mengharung hidup sementara ini, berbahagia dan bersyukurlah. Berbahagia dan bersyukurlah kerana kita masih menjadi insan pilihan menempuh semua, mengharung segala, yang kadang-kadang terlalu mencengkam perasaan, terlalu pedih dan perit. Allah menguji manusia mengikut kemampuan manusia itu sendiri, yakini ia. Maka, usah sesekali meratap hiba dan terlalu mengikut perasaan sedih di hati. Perit yang dirasa itulah sebenar bentuk ujian yang harus dilalui. Keperitan itu akan terasa manisnya andai kita terus cekal, tabah dan lebih kuat menghadapi segala. Manisnya hanya akan dirasai selagi kesabaran masih menjadi milik diri. Tuhan tentunya tidak membiarkan makhluk ciptaanNya menderita…pasti ada hikmah dan kemanisan di sebalik semua yang menimpa diri, semuanya..segalanya.
6 comments:
tahniah. kak ila juga ternak ternakpaknya hari tu. semakin lestarii dengan puisi2. eh,dik, betul ke penulis puisi, jiwang? sentimentel? sentiasa berhayal ...
Salam, mya marja.
Menelusuri blog anda ini dengan harapan menemui sebuah kedamaian di celah2 kehidupan akak yg tiada pernah berhenti berdenyut... Semoga terus dapat mengenyangkan naluri kami dgn puisi yg menyentuh sanubari...
Terima kasih Kak Ila,
Tulis puisi tak perlu berkhayal. Nak berkhayal pun bileh sahaja. Terpulang kepada seseorang, ikut watak masing-masing..demikian adanya.
Salam jua untuk Kak Norza,
Kata orang, kedamaian ada di mana-mana. Semoga ada juga kedamaian itu di blog yang tak seberapa ini. ..mudah-mudahan.
Sahabatku..
Puisi awak mendamaikan..menyejuk jiwa..syahdu..
Tahniah..teruskan berkarya tanpa jemu..
Assalamualaikum Mya Marja,
Tahniah buku sudah terbit. Saya? uwaaaaaa...
Terima kasih, sahabatku Ainul Husna. Kedamaian...ada di mana-mana..(?)
Alaikumussalam Saudara Web Sutera. Menangis? Duit banyak masuk pun menangis? Oh, menangis kesyukuran tu..!
Post a Comment