28 April 2008

SOALAN DAN JAWAPAN

Aku temui sesuatu yang sangat berharga daripada blog seorang sahabat. Nyata, ia amat berharga pada waktu terkadang diri amat tercari-cari jawapan. Dalam hidup ini, kita akan terus mencari jawapan:

Kita seringkali bertanyakan persoalan yang mana telah termaktub jawapannya di Kalamullah..Al-Quran..renungkanlah...kerana di situ terungkai segala kekeliruan..di situ ditemukan jawapan.

  1. Kenapa aku sering diuji? Jawapannya: (Al-Ankabut: 2-3)

[2]
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
[3]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

  1. Kenapa aku tidak mendapat apa yang aku idam-idamkan? Jawapannya (Al-Baqarah: 216)

[216]
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

  1. Kenapa ujian seberat ini? Jawapannya (Al-Baqarah: 286)

[286]
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

  1. Kenapa rasa kecewa? Jawapannya (Ali-Imran: 139)

[139]
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

  1. Bagaimana harus kuhadapi? Jawapannya (Al-Baqarah: 45)

[45]
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

  1. Apa yang aku dapat dari semua ini? Jawapannya (At-Taubah: 111)

[111]
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

  1. Kepada siapa aku berharap? Jawapannya (At-Taubah: 129)

[129]
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Renungkan sejenak maksud ayat-ayat suci yang terkandung di dalam surah-surah tersebut. Moga kita memperoleh jawapan dan pengajaran.

Subhanallah…!

8 comments:

Rasha_rz said...

ya, ujian demi ujian membuat kita semakin tabah dan semakin mendekatkan diri pada PENCIPTA.

Rasha_rz said...

Eh.. lupa nak tanya mya marja, dulu beli novel KABUS SENJA, dah habis baca ke buat penghias rak? Terima kasih kalau sudah khatam. Apa komen adik dari kaca mata lelaki? Kak ila zalim ya? kejam? Ramai yang komen begitu.Tapi rata2nya pembaca wanita. lelaki belum lagi bagi komen.

MYA MARJA said...

Nanti kalau sudah habis baca insyaAllah saya akan beri ulasan. Beli memang seronok, tapi nak baca lambat sikitlah. Tambahan lagi kepala tengah beku.. he he.. ..alasan. Selepas ni mahu cari Jeriji Kasih pula.. hmm RM10 ribu tu harganya... :)

Unknown said...

kang,
aku bukannya sibuk sangat, cuma menyibuk saja yang lebihnya. Selebihnya sibuk dengan hal peribadi dan keluarga. Pasal perjumpaan tu, aku tak terima sebarang jemputan kok. Kan aku memadukan mereka. tak layaklah. Kalau dapat jemputan pun, fikir banyak kali kalau nak pergi. Kan ke aku ni selalu sibuk dan menyibuk. :P

Bunga Rampai said...

Salam,

Alhamdulillah. Terima kasih entri ini.

Ku Keng said...

MM,

Terima kasih juga atas pengumpulan peringtan yang amat berguna. ALhamdulillah.

Anonymous said...

pembetulan dik. jeriji kasih RM5rb. Usang RM10rb. Ha? 10rb? malu nak sebut. bukan nilainya... tapi rezekinya....
apa2 pun hayatilah dan cuba bandingkan antara 2 genre karya akak ya? Popular dan sastera.

MYA MARJA said...

Dik Nin,
Adik senior ni memang sibuk, maklumlah dua tiga kerja dibuat dalam satu masa..lepas tu dua tiga buah penerbit lagi..jangan marah.. Pertemuan tu tak perlu jemputan khas, Dik Nin. Pergi sahaja seperti biasa, menambahkan ilmu di dada.

Salam kembali Bunga Rampai,
Mana yang baik dipanjang-panjangkan, semoga dapat kebaikan.

Tuan Keng,
Peringatan seperti ini sudah lama tercari-cari. Lepas ini mahu kumpul peringatan dengan tajuk berbeza, insyaAllah.

Kak Ila yang prolifik,
Ya ya..saya silap tu.. tapi memang berRM-RM jumlah pulangan penat lelah menulis tu.. Tahniah lagi!