Alam saujana terhampar indah luas, menggamit saujana jiwa berbicara pada segala rupa. Bicaralah yang mulus daripada jiwa yang tulus...
27 December 2007
PUISI CERITA EDAN
CERITA EDAN
Setelah perutmu kenyang
kaupijak bahasa bondamu
dengan kaki angkuh berkasut import
kautukar sekali hitam matamu
dengan biru tiruan
dan rambutmu jadi perang
lidah berbau belacan
masih kelat mengemam petai.
Kaututur lagi bahasa baharumu
dengan lentur lidah moyang koboi
kaukunyah keju dan ratah ayam
namamu Ali kautukar Alley
anakmu Johan kautukar John
isterimu tetap bernama Jenab.
Kauingin maju seperti mereka
yang maju ke angkasa
bahasa ilmu ditukar juga
bangsamu yang merana
terbelit lidah dan otak mereka
bukan semua berotak geliga.
MYA MARJA
Bandar Seri Jempol, NS.
27 DIS 2007.
*Puisi ini tiada kaitan dengan yang hidup, yang mati atau yang melata di muka bumi. Ia hanya rekaan semata-mata.
Alhamdulillah…..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Assalamualaikum,
Mereka itulah yang sebenar-benarnya, manusia yang lupa asal-usul dan akarnya!
Mencintai bangsa dan bahasa, juga keperibadiannya bukan setakat kata-kata, atau julangan keris ke udara, atau slogan semata, tapi juga yang jiwa dan praktisnya.
Wallahuallam...
Benar sebenar-benarnya, kang.
Salam,
Puisi ini menggambarkan persekitaran kini, pemikiran dan sikap orang Melayu.
Mengingati asal-usul meneguh cinta kita kepada Rabb.
Lunak sekali puisi ini bila diungkapkan.
Kuat menampar kemuka-muka yang jonggos.
Para sahabatku yang dihormati,
Terima kasih sudi menjengah. Puisi luahan rasa saat melihat anak didik yang terkebil-kebil. Jika diri ini menjadi mereka, entah bagaimana...
Post a Comment