01 April 2007

NABI NOH KECEWA

“Kasihan Nabi Noh! Beria-ia benar dia mengajak anak dan isterinya bersama-sama kita, tetapi tidak diendahkan,” kata seorang pemuda kepada kawannya di bahagian belakang bahtera kayu itu.

Hujan masih belum berhenti, bahtera bergerak perlahan-lahan ke hadapan.

“Benar katamu itu. Tengok riak wajahnya itu, kecewa benar nampaknya dia,” jawab kawan pemuda itu.

Pemuda itu berkata lagi, “Anak dan isteri sendiri pun tidak dapat diselamatkan.”

Balas kawan pemuda itu, “Itu dinamakan ujian tuhan kepada manusia. Jadi, kalau kita yang terkena ujian seperti itu, sangat perlu untuk kita bersabar menghadapinya.”

“Saya berasa hairan."

"Mengapa?"

"Walaupun dia seorang nabi, tetapi ahli keluarga terdekat tidak pula terbuka hati mereka untuk percaya dengan ajarannya.”

“Perkara hidayah ini hanya tuhan yang berhak menentukan individu mana yang harus mendapatnya. Kita ini bersyukur sangat sebab tuhan kurniakan hidayah, bukan seperti anak dan isteri Noh itu.”

Langit masih gelap. Tiada tanda-tanda hujan akan berhenti, malah semakin lebat mencurah ke bumi yang sedikit demi sedikit bertukar menjadi lautan.

5 comments:

ez said...

Kisah yang diadaptasikan dengan baik. Sungguh menarik. Bila siap sepenuhnya?

MYA MARJA said...

Kak EZ,
Terima kasih. Itu baharu percubaan. Percubaan, percubaan, satu, dua, tiga...

Anonymous said...

Ooh, percubaan? Dah cukup eloklah ni. Teruskan, kang.

**Ainin Naufal**

Anonymous said...

Saudaraku! Ketahuilah bahawa iman itu tidak boleh diwarisi.

Sebagai editor bebas, perlu diasah tulisan adaptasi anda. Namun itu satu percubaan yang bagus.

Bukan mudah hendak buat kerja adaptasi. Cepat siapkan! Kalau tidak saya lapor pada sifu!

MYA MARJA said...

Terima kasih semua,

Yang baik jadikan tauladan, saya budak baharu belajar...
Mudah-mudahan mendapat panduan lagi.