Seorang wanita jelita yang berkulit cerah sangat digilai oleh seorang lelaki. Suatu hari, secara kebetulan, lelaki itu terjumpa wanita jelita yang didambakannya itu. Wanita itu memakai pakaian serba hijau.
Sewaktu berdiri di hadapan wanita itu, lelaki tersebut mengusap-usap mata sambil bercakap sendirian, seolah-olah berbisik, “Aduhai, semoga mimpiku semalam memberi makna yang baik kepadaku.”
Wanita itu terdengar kata-kata pemuda tersebut, lalu bertanya kehairanan, “Apakah yang engkau mimpikan?”
Jawab lelaki itu, “Adakah engkau mempunyai ilmu menginterpretasikan mimpi?”
Wanita itu menjawab, “Satu-satunya ilmu yang aku tahu adalah menginterpretasikan mimpi!”
Lelaki itu tersenyum, kemudian berbicara tentang mimpinya, “Aku telah bermimpi menunggang kuda putih berlapikkan kain berwarna hijau.”
“Oh, begitu! Andai benar begitu yang engkau mimpikan, bermakna engkau akan memasuki buah lobak,” jawab wanita itu bersahaja, kemudian berlalu dari situ sambil tersenyum sendirian.
Lelaki itu memandang sahaja wanita tersebut berlalu tanpa sepatah kata. Mulutnya terlopong.
6 comments:
Salam balas kunjungan,
Apa maksud tafsiran wanita itu? Maaf, saya kurang faham.
Saya juga sedang mencari jawapannya.
Ini sekadar selingkar kisah lawak sufi. Demikian adanya.
Assalamualaikum..
erm..saya pon tertanya2. ape maksud lobak yang wanita tu sebut??
Saya tertanya-tanya, bermetaforakah wanita itu..? atau sekadar jenaka.. ?:)
Saya mempunyai kitab Primbon Jawa yang di dalamnya mengandungi tafsir mimpi. Tak jarang pula saya membeleknya. Bukannya saya faham pun.. :)
Beginilah cara wanita bijak mengajar lelaki yang.... :D
Sebenarnya wanita itu kata banyak kerja lain yang perlu dilakukan!
Post a Comment