21 March 2007

TAFSIR MIMPI NGERI

ALLAHUAKBAR!

Rupa-rupanya mimpi ngeri yang kualami itu memberi petunjuk awal kepada peristiwa yang daku alami selepas itu.

Malamnya daku bermimpi, siangnya daku menerima surat ARAHAN BERTUKAR daripada Pejabat Pelajaran Daerah Jempol & Jelebu. Subhanallah! Surat yang baharu kuterima itu terlewat lima hari dari tarikh sepatutnya daku mendaftar di sekolah baharu.

Surat itu disampaikan melalui tangan Guru Besar dengan nada bersahaja pada waktu kerja hampir ke penghujung. Seolah-olah daku ini tiada apa-apa jasa di sekolah itu. Maklumlah Guru Besar baharu memegang tampuk sekolah, mana mungkin menyelidik siapa-siapa yang pernah berjasa.

Begitu ringkas, sebegitu ringkas! Tiadakah dia memandang daku dengan pandangan redup seorang wanita? Walhal sudah berbelas tahun daku menabur bakti di sekolah itu... Sebegitu ringkas?

Bagai ada sesuatu di sebalik semua ini. Biarlah daku tafsiri lagi akan keseluruhan mimpi ngeriku itu. Kepada para tamu, terima kasih kerana sudi berkunjung.

Subhanallah.

4 comments:

Unknown said...

Manusia mmg tidak tahu menilai tetapi la tahzan ya mua'lim, cukuplah Allah yang menilainya. Saya pernah alami perasaan ini setelah bertahun2 menabur bakti.

MYA MARJA said...

Terima kasih sahabatku..
Biar hanya di semilir bayu dikau hadir..
mesra, mendamaikan..
Subhanallah..

Anonymous said...

Saudara Mya,

Bila kita seronok melakukan sesuatu tugas itu, kita seperti pergi ke satu tempat pelancongan setiap hari. Indah dan mengujakan. Apapun hasilnya dan penilaian orang menjadi tidak begitu penting lagi. Kerana kesakitan dan nikmatnya hanya kita sendiri yang rasa.

Kes pihak atasan tidak peduli pada kewujudan kita di satu-satu organisasi ini memang lumrah. Harus terus lebih baik di tempat baru. (Dulu saya nak ditukarkan ke Melaka, saya buat protes nak berhenti kerja terus depa tak berani nak buat begitu kat saya hehehe ...)

MYA MARJA said...

Sahabatku Kamal,

Dikau memang berani, sungguh berani!
Memang benarlah, daku sewajarnya seronok dan terus seronok melakukan dan memikul segala tanggung jawab diberi.

Alhamdulillah...