21 March 2007

PERAHU (2)

PERAHU (2)

Aku sendiri
menanti waktu
detik janji
merenggut pasti.

Aku menanti
takdir menghadir
tiada kupinggir
kusambut mesra.

Berhati rela
merunduk redha
pada segala
janji-janiNya.


Subhanallah…

Mya Marja
Bandar Seri Jempol, NS.
21 MAC 2007.

3 comments:

mba2u said...

Syahdu. Mengkagumkan.

TAHNIAH

Unknown said...

Ya, kali ini Dik Nin mahu berguru dengan Pak Mya. Err... atau Bang Mya? :D

MYA MARJA said...

Tuan MBA,
Terima kasih.. terima kasih.. Terharu sungguh pabila orang besar datang berkunjung.

Dik Nin,
Dikaulah guruku yang tidak pernah bersua.. namun ingatlah SUA.
Sesungguhnya daku belum layak dijadikan guru, setakat guru budak sekolah rendah bolehlah. Pak? Bang? Apa-apalah...

Alhamdulillah...