Alhamdulillah, hari ini aku dapat satu lagi ilmu baru dalam penulisan. Haiku: puisi Jepun. Dulu-dulu aku hanya dengar-dengar sahaja pasal haiku. Jadi, ilmunya tidak berapa terang bersuluh. Hari ini, jelas sudah walaupun sudah pastinya belum mahir. Akan tetapi, ilmu pembinaan sesebuah haiku itu teramat jelas, mudah-mudahan. Berbeza sangat ilmu yang aku pelajari hari ini dengan apa yang aku dengar-dengar sahaja sebelum ini. Haiku yang bertebaran di laman-laman blog orang lain pun aku pernah jelajahi, tetapi mungkin tak serajin mana aku menjelajah, maka aku tak dapat sebagaimana yang aku dapat hari ini.
Dalam bengkel yang dijalankan, maka terciptalah beberapa buah haiku ciptaan pertama kali dalam bentuk haiku yang sebenar.
HAIKU 1:
atas sejadah
sekuntum doa panjang
hening muharam
HAIKU 2:
serumpun serai
teguh diterjah ribut
berpaut akar
HAIKU 3:
di hujung laman
merah si bunga raya
nyala semangat
Cukuplah tiga haiku buat permulaan ini. Sesingkat ini rupa-rupanya bentuk haiku. Dalam sukukata yang sangat terhad ini, terkandung penceritaan yang panjang sebenarnya di sebaliknya.
Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment