15 July 2011

TAK BERSIH BERSIH!


Masuk sahaja ke dalam kelas, kalau saya tak membebel pasal sampah, seperti tak sah. Ada sahaja makhluk yang bernama sampah di dalam kelas. Dari mana datang sampah kalau bukan mereka sendiri yang membuatnya?

“Bersihkan kelas! Bersihkan kelas! Selesakah kamu belajar dalam keadaan seperti ini?”

Barulah mereka terhegeh-hegeh mengutip sampah yang boleh dikutip. Ada yang mengambil penyapu, dan menyapu sampah yang boleh disapu.

“Kalian tahu tak, kelas yang tak bersih melambangkan hati kalian yang tak bersih? Perlu bersihkan hati kalian dulu, barulah ada sikap untuk sentiasa bersih dan menjaga kebersihan.”

Tiada jawapan daripada mereka. Terus sahaja mereka membersihkan kelas, sebab hanya tiga minit yang saya beri untuk aktiviti bersih itu. Kalau tak bersih juga, mahu kena sembur dengan ‘water canon’ budak-budak ni! :p

2 comments:

kak ila said...

huh, dah lama benar tak kesini. cikgu apa kabar?

Mya Marja said...

Sihat alhamdulillah. Semoga juga buat Kak Ila.