30 April 2007

DI PESTA BUKU

Siang tadi daku sempat meluangkan masa berkunjung ke pesta buku di PWTC Kuala Lumpur. Empat jam menjelajah dari ruang ke ruang, asyik memerhati dan mencari buku-buku idaman hati. Serasa seperti baharu setengah jam masa berlalu.

Pelbagai tarikan tersendiri penerbit-penerbit buku mempromosikan produk mereka. Gamitan penjual buku yang berdiri di sisi booth masing-masing, malah hingga ke luar booth menyebabkan beberapa kali kaki terhenti dan cuba mendengar suara penjual-penjual buku itu. Wah, rupa-rupanya sasaran mereka ialah golongan yang berkereta Mercedes dan seangkatan dengannya! Mana tidaknya, satu program berbahasa Inggeris dijual dengan harga lebih dua ribu ringgit! Tidak termampu oleh Pak Marhan yang hanya mengambil upah mengopek kelapa di kampung. Makin lama dilayan, hati akan terpengaruh jua dengan kata-kata penjual buku itu. Pelaburan jangka panjang, kata mereka. Betul juga!

Sewaktu kaki melangkah, daku tersua dengan seorang penulis sepenuh masa bagi PTS, Ezee Rahmani, sedang duduk bersama-sama dua orang rakannya sambil menghadap buku karangan masing-masing.

“Eh, seperti kenal sahaja!” Daku menyapa. Ezee tersenyum sahaja. Senyumannya seperti dahulu. Sempat berbual seketika dengannya.

“Wah, sudah banyak manuskrip sekarang! Mana buku yang lain?” kataku sambil membelek-belek sebuah buku karangannya yang berada di atas meja.

“Belum terbit lagi. Dua buah sahaja yang baharu terbit,” jawabnya.

“Apa pun, tahniah!” kataku mengakhiri perbualan. Daku menuju pula ke meja jualan booth PTS.


Sempat jua daku menyapa beberapa orang kuat PTS yang kukenali yang turut sama turun padang. Terus daku capai novel remaja Kembar Terpilih yang terbit bersiri itu. Ketiga-tiganya daku beli. Mana tahu suatu hari nanti daku dapat mengikut jejak penulis buku tersebut, Meor Shariman.

Kalau di pasar malam atau pasar tani, para penjual memakai apron, begitu jua di kedai-kedai makan. Akan tetapi hati ini merasa agak pelik apabila penjual buku di booth PTS turut memakai apron. Agaknya itu salah satu strategi jualan. Agaknya. Namun, booth PTS memang penuh sesak pagi tadi. Tabik kepada semua warga PTS yang menjayakan pesta buku kali ini.


Subhanallah!


14 comments:

ez said...

Terima kasih di atas sapaan sdr Mya. Pak Marhan tu siapa ya?

MYA MARJA said...

Tahniah sekali lagi buat Puan Ezee! Pak Marhan ialah salah seorang watak dalam jibunshi saya..(he he he..!)

Anonymous said...

Saya ke pesta Sabtu ni. 11-1 ptg ada di booth. Isnin dah jengah, tapi tak sempat nak pusing semua dewan. Penat tak terkata. Hari minggu nanti entahlah. Harap-harap tak pengsan masa bersesak-sesak dengan orang ramai.

~ainin naufal~

MYA MARJA said...

Duduk di KL, hari-hari pun boleh pergi ke pesta buku. Untungnya kamu Dik Nin!

blackpurple @ jowopinter said...

Esok baru nak ke sana. Sengaja memilih hari esok kerana tak ingin bersesak-sesak sangat bila hari cuti.

Sudah menyediakan bajet setimpal untuk esok hari juga.. :)

MYA MARJA said...

Mesti banyak buku tentang landskap hendak beli. Apa lagi, borong habis...

Bunga Rampai said...

Salam,

Alhamdulillah, pesta buku lagi. Biasanya saya hari pertama atau kedua dah berkunjung. Tahun ini agak lewat, duh...belum berkunjung lagi. InsyaAllah.

MYA MARJA said...

Rampai, jangan lupa beli buku tentang bunga-bungaan... Kalau nak hias laman, ah, tanya sahaja pada si pakar lanskap itu..! Itulah..

Anonymous said...

dah sampai ye. pantas sungguh! saya gak tak sampai lagi. tahun ni ntah sampai ntah idak.

* ayumkay *

blackpurple @ jowopinter said...

Mas,
He he he.

Buku landskap dah penuh dalam rak. Tak perlu bali lagi. Saya membeli novel lama-lama dan 2-3 buah buku lain. 19 buku semuanya. Ada diceritakan di blog Jowopinter :)

MYA MARJA said...

Ayu,
Sampai je. Bawa anak sekali, bagi girang hati...

BP,
Kamu kaki novel rupanya, ya. Ni mesti novel cinta...

Sastri said...

Cemburu kat orang2 yg pergi ke Pesta Buku ni... cemburu sbb terlepas peluang menambah koleksi buku...

Mersik said...

Salamz Mya Marja.

Eh kenapa tidak tersua ye kite dipesta buku itu? Sedangkan sy hampir 24 jam berlegar disegenap ruang , ceruk dan tingkat..

Hmm.. barangkali sy malu gitu untuk menyapa.. hik hik. alahaii

MYA MARJA said...

Sastri,
Apa hendak dicemburukan... Bila-bila masa pun boleh pergi ke kedai-kedai buku besar, macam-macam buku ada..

Mersik,
Kalalulah daku mengenali, mungkin akan kusapa. Yang pakai macam pari-pari tu kamu ke?.. he he