15 June 2009

SIAPAKAH KITA?

JADILAH DIRIMU
Andai kita menjadi pisang,
usah sesekali cuba menjadi jambu batu,
atau mangga madu,
atau juga jagung susu,
kerana kita ialah pisang.
Jambu batu, mangga madu dan jagung susu
punya rupa bentuknya sendiri,
ada manisnya sendiri.
Tetaplah menjadi dirimu,
pada zat dan khasiat yang ada padamu,
kerana engkau ialah pisang bermutu.

Lemak manismu hidangan pembuka selera,
jua penambah rasa ramuan kuih-muih warisan manusia.
Jadilah dirimu sendiri,
manis lemakmu tetap dicari,
tetap manusia rindui.
MYA MARJA
Bandar Seri Jempol, NS.
2 JUN 2009.

9 comments:

Unknown said...

biar menjadi pisang, lebih banyak baiknya. daripada menjadi durian, wangi baunya, tapi isinya mampu memudaratkan dan kulitnya mampu melukakan.

Rasha_rz said...

waduh. masing2 berfalsafah adik2 akak. kalau dibagi pilihan kak ila nak jadi apa ek? durian atau pisang?hemmmmm dua2 pun sedap, jadi kegemaran ramai tapi...
jom kita fikir, jadi apa lebih baik

Rasha_rz said...

jadi LESTARY kut. hehehe... nak promot juga.......

MYA MARJA said...

Dik Nin,
:D Selamat terus menulis. Walaupun durinya melukakan, durian tetap bergelar raja buah.

Kak Ila,
Terus LESTARY, dan terus jadi penulis prolifik. Tahniah!

Unknown said...

rindu pula nak mengomen. jika saya pula diberi pilihan, saya mahu menjadi saya, saya dan saya :)

MYA MARJA said...

Oklah tu ustazah. Jadi diri sendiri. Karya pun makin banyak. Cemburu pula kepada penulis sepenuh masa. :D

kak ila said...

usah cemburu dik. cikgu pun blh berkarya, tulis satu jam di bilik darjah satu ayat. hehehe... gurau je. rindu N3 terbaru cikgu.

MYA MARJA said...

Tulis satu jam satu ayat? Di dalam bilik darjah pula lokasinya. Oh, bisanya! :p

kak ila said...

tulis di papan hitam.

CIKGU SUKA MAIN BOLA
HARI-HARI CIKGU MAIN BOLA.

cikgu suka mengarang
hari-hari cikgu mengarang