16 May 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Selamat Hari Guru kuucapkan kepada semua yang bergelar guru. Selagi bernama guru, tugas kita adalah menyampaikan ilmu, mendidik dan terus membina jati diri bangsa melalui saluran tugas yang teramanah di pundak kita.

Hari Guru tahun ini jatuh pada hari cuti. Maka, ia bakal disambut pada tarikh lain. Jadi, kurang semangat sambutannya bagi diriku. Sementelah pula, dipanggil kursus di Melaka pada tarikh keramat sambutan pada peringkat sekolahku. Sekiranya tiada rezeki, begitulah. Tidak mengapa, perjuangan guru tetap berterusan.

Tema Hari Guru pada tahun ini hampir-hampir serupa dengan tajuk novel pertamaku. Malah, dari segi maksud sememangnya serupa. Maka, marilah sama-sama dapatkan naskhah sulungku itu bagi dihadiahkan kepada para guru sebagai hadiah Hari Guru pada tahun ini (dan tahun-tahun seterusnya... :D)

Selamat Hari Guru.

Alhamdulillah...

6 comments:

Bunga Rampai said...

Salam,
Semoga terus tabah dan sabar dalam mengilmukan murid-murid.

Selangkah kakimu berjalan ke sekolah, sepuluh langkah DIA berlari mendapatkanmu. Maha Suci Allah, semoga rahmatNya melimpah untukmu.

Selamat Hari Guru.
(maaf, agak lewat ucapan ini)

Anonymous said...

Salam sejahtera BR,
Tabah sabar tetap milik kita, insyaALLAH. Terima kasih titipan pesan. Alhamdulillah.

~MYA MARJA

kak ila said...

hai cikgu.
lama kak ila tak kesini, ke blog sendiri juga sudah lama. pelmacam berlaku dalam sekelip mata. begitulah kurniaan Allah pada hambanya yang diberi amanah mendiami buminya.
salam karya buat cikgu.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam kang.

Wis suwi ora merene. Kabare kang. Wis suwi koe ora 'update' blog ini yo. Sibuk ngarang nobel yo kan? :)

kak ila said...

cuti sekolah, blog cikgu ni pun cuti ye? kembali ke blog nanti mesti banyak cerita gempak ni........

MYA MARJA said...

Salam JP,
Waras kabehane. Mangan turu waey lo.. :D

Kak Ila,
Alhamdulillah dgn segala kurniaan Allah. Derita atau bahagia, semuanya menjadi nikmat tak terhingga apabila ada reda di sebaliknya. Semuanya drp DIA.

Blog tercuti seketika. :D Selamat terus menulis buat Kak Ila.