Alam saujana terhampar indah luas, menggamit saujana jiwa berbicara pada segala rupa. Bicaralah yang mulus daripada jiwa yang tulus...
11 May 2009
DULU, KINI DAN SEMALAM
AKU DAN ROTAN
Dulu aku pernah dirotan, sakit!
Walau aku tak bersalah
tetapi aku diam.
Kini giliran aku merotan
emak ayah bawa parang
maki hamun dilayang.
Kata mereka jangan rotan
guna sahaja pujukan
nasihat dan amaran.
Maka rotan pun diharamkan
sesiapa merotan ada hukuman
siapkan sahaja duit peguam.
Semalam yang haram mahu dihalalkan
mungkin aku salah pendengaran
mungkin itu hanya gurauan
atau sekadar igau-igauan.
MYA MARJA
Bandar Seri Jempol, NS.
11 MEI 2009.
~Hujung-hujung, cikgu juga yang disalahkan. Hmmm…alahai... Alhamdulillah…!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
katanya zaman dah berubah, dunia dah maju.
katanya...
katanya...
Apa yang maju tu ya?
Salam buat cikgu!
Sebelum itu ingin diucapkan "Selamat Hari Guru" buat cikgu:)
Sudah lumrah kini, anak murid lebih berkuasa dari guru. Hilang rasa hormat kepada mereka yang digelar pendidik.
Namun, jangan cikgu berpatah semangat kerana itu adalah cabaran untuk guru sebagai 'arkitek bangsa':)
satu soalan je pada para guru : sanggupkah cikgu merotan murid sekolah rendah (darjah 1 & 2)
Dik Nin,
Maju serba-serbi dan serbah-serbih.
Ustazah Rafidah,
Begitulah, perjuangan harus diteruskan dengan semangat yang masih bersisa.
Kak Ila,
Murid Tahun 1 dan 2 kita cubit-cubit sayang je. Rotan ni untuk murid yang degilnya tahap gaban. :D
Selamat Hari Guru cikgu Mya...moga terus bersemangat!
Terima kasih. Selamat Hari Guru juga untuk semua guru. Semangat tetap membara! :D
Post a Comment