23 April 2009

SALAM PESTA BUKU



MENANTI SAAT TERSEDAR

Lena yang panjang
tanpa mimpi riang
hanya kelam alam
kelabu menyelimut azam
di mana kekuatan
di mana perjuangan?

Entah berapa kali kucuba
untuk membuka mata
mengharap sejalur cahaya
menembus telus kornea
menyuluh menggugah minda
agar semangat kembali nyala
dan kekuatan kembali membara
perjuangan kembali nyata.

MYA MARJA
Bandar Seri Jempol, NS.


~Selamat berpesta buku kepada yang meraikannya. Raikanlah ia dengan rasa bangga dan teruja. Dengan hati dan wajah ceria, lebih-lebih lagi kepada rakan-rakan yang sentiasa terbit bukunya, rakan-rakan yang sentiasa mengalir ilhamnya, juga luar biasa semangat serta kekuatannya. Tahniah kuucapkan! Teruskan perjuangan kalian.



Subhanallah…!

3 comments:

Anonymous said...

Tahniah! moga terus bersemangat!

kak ila said...

bila turun pesta buku? kunjung le ke booth buku prima... tapi novel baru kak ila tak ada di sana. ada di DBP. singgah2 le...

MYA MARJA said...

Terima kasih semangat diberi sahabat.

Dapat juga jejakkan kaki pada hari terakhir pesta. Tergiur dengan sekian banyak novel yang diangankan. Tapi tak tercapai semuanya. Tahniah Kak Ila kerana novel anda di sana sini!