22 November 2008

NOVEL KEDUA



Alhamdulillah, sepuluh buah novel Naga – Serangan Kulat selamat sampai ke tanganku semalam, setelah sekian lama menanti. Ia bermakna, secara rasminya novel keduaku telah terbit dan boleh diperoleh di pasaran. Ia menjadi pembakar semangat dan rujukan bagi penulisan novel Naga bagi episod seterusnya. Apabila rujukan sudah ada di tangan, mudah sedikit mengerjakan manuskrip seterusnya, insyaALLAH. Semoga rakan penulis yang terlibat dalam projek ilham Encik Martias Ali dan juga Puan Ainon Mohd ini berjaya menyiapkan manuskrip masing-masing. Kuucapkan selamat menulis.

Sasaran utama pembaca bagi novel ini ialah remaja lelaki yang sedang meningkat dewasa. Kutuliskannya juga mengikut kehendak penerbitan, iaitu 147 halaman sahaja. Bagai menyiapkan kuih tempah, bentuk kuih dan sasaran kuantiti sudah sedia ada. Cuma, kualiti dan perisa itu di tangan masing-masing penulis, juga kawalan kualitinya di tangan editor. Terima kasih Encik Alif Firdaus Azis. Sedap atau sebaliknya, pembaca juga yang bakal mengadili. Mudah-mudahan serasi dengan selera pembaca.

Apabila novel sudah berada di tangan, terpancar kepuasan di hati. Namun, masih banyak yang perlu kupelajari dan kumantapkan bagi penulisan manuskrip seterusnya. Mudah-mudahan novel ini laku keras. Mudah-mudahan juga projek ini berjalan lancar dan tidak terhenti di tengah jalan.


Alhamdulillah…

14 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum sahabatku Mya Marja..
Tahniah!Moga akan terus bersemangat untuk meneruskan perjuangan ini...dalam mencari keredaan-NYA..

Anonymous said...

Tahniah! Moga laku keras bro!

Anonymous said...

hai adik. tahniah dari kak ila. hebat juga anak muda ni ya? nanti k ila cari novel adik, utk hadiah anak k ila yg sedang meningkat remaja.

Imran Yusuf said...

Tuan Mya Marja,

Tahniah! Saya masih belum mula menulis novel 'Naga' versi saya. Insya Allah, buku tuan akan menjadi pembakar semanat saya.

-Imran Yusuf-

Unknown said...

waaa... nak free, nak free! hahaha... gurau je, cikgu. simpan satu copy nanti saya beritahu untuk apa ya. dan satu copy lagi saya nak beli terus drpd cikgu ;)

S. Rafidah H. Basri said...

Salam buat cikgu muda:)

Tahniah di atas terbitan buku baru ini. Semoga cikgu akan terus berkarya dan bersemangat untuk menghasilkan karya yang lain.

Saya masih kebingungan memikirkan karya yang mahu ditulis. Bertapa lama pun masih gagal menyiapkan manuskrip. Tahun ini target saya tidak kesampaian.Aduh!

Semoga berjaya!

MYA MARJA said...

Alaikumussalam sahabatku Anon... ;)
Terima kasih! Mudah-mudahan semangat makin membara.

Tuan Azhan,
Terima kasih Bro! Tak terlawan novel bro yang itu... :D

Kak Ila,
Baru belajar menulis ni, belum capai taraf hebat. :) Oh, ada anak bujang hero rupa-rupanya ya!

Tuan Imran,
Terima kasih! Moga bersemangat, tuan! Banyak sangat projek ya. :D

Ustazah Zalisa,
Boleh sahaja. Bisa diurus. ;)

Salam Ustazah Rafidah,
Terima kasih. Sama-sama terus berjuang. Perlu bertapa lagi agaknya.. :)) Tahun ini tidak sampai, tahun hadapan insyaALLAH sampai. Usaha tanpa jemu.

Ku Keng said...

Insha Allah akan saya dapatkan untuk tatapan bersama keluarga. Teruskan dan isikan dakwah melaluinya. Kini agama dikelirukan oleh yang pakar dalam agama (kononnya) dan hukum hakam pula mesti dimuktamadkan oleh umarak, bukan lagi ulamak.

Anonymous said...

Mya marja... kak ila ada 4 org bujang senang. bukan yg di dalam sungai tu, tapi di rumah...
pelbagai peringkat usia. nantilah satu hari kak ila story pasal anak2bujang kak ila

Bunga Rampai said...

Salam,

Tahniah!

Tentunya pembakar semangat untuk terus menampilkan karya yang membina minda remaja!

MYA MARJA said...

Tuan Ku,
Alhamdulillah. Terima kasih sokongan. Mudah-mudahan mampu menyalurkan dakwah melaluinya.

Kak Ila,
Empat anak bujang! Wah, kayanya Kak Ila ya! :D Tidak sabar mahu dengar cerita bujang senang akak.

Salam Bunga Rampai,
Terima kasih. Sedang tunggu novel BR ni. :))

anyss said...

Tahniah! Usaha tangga jaya. Moga tahun depan ada novel yang baru lagi...teruskan perjuangan

ez said...

Assalamualaikum cikgu,
Buku Naga dah selamat sampai tetapi seperti biasa anak-anak sambar dulu. mereka suka genre ni berbanding buku yang mak mereka tulis :) Dalam masa terdekat ni harap buku saya juga selamat sampai di sekolah cikgu ya.
Terima kasih daun keladi,
nanti kita tukar-tukar lagi.

MYA MARJA said...

Terima kasih Anyss. InsyaALLAH. Hidup adalah perjuangan.


Alaikumussalam Kak EZ,
Anak remaja lelaki... :D
Terima kasih juga kerana sudi bertukar buku.