21 September 2008

KISAH ORANG LAMA

Kisah-kisah lama sekiranya diteliti, mengandungi nasihat yang amat berguna. Ia bukan sekadar jenaka kosong, atau hiburan semata-mata. Tidak salah berangan-angan, asal sahaja disertai usaha bagi mencapainya; usaha dan usaha. Semoga berjaya!

SEMANGAT MAT JENIN

Sesekali kita perlu menjadi Mat Jenin
punya angan dan impian tinggi
yang mampu dicapai tangan
asalkan usaha seiringan
bukan mengejar bayang
dalam mimpi kelam.

Siapakah kita tanpa angan dan impian
bermula angan timbul impian
impian menerbitkan keinginan
dari keinginan timbulnya cita
dan usaha digandakan jua
bukan hanya berteman leka
dalam mimpi-mimpi jera.

Semangat Mat Jenin maju ke depan
mencongak mengira menghitung
mencongak usaha dikembang sambung
satu persatu menjadi untung.

Mat Jenin menitipkan pesan:
Kejayaan perlu bermula dengan angan
dan dalam angan usah terleka
kerana leka membantut usaha
kerana leka mengundang bala.

[Kepada siapakah Mat Jenin bercerita
tentang angan dan impiannya
dalam impian terlepas tangan
dari usaha yang di genggaman?]

MYA MARJA
Bandar Seri Jempol, NS.
19 OGOS 2008.

(Berita Harian - 20 Sept. 2008)


Subhanallah...Alhamdulillah...
Allahuakbar!

7 comments:

Unknown said...

Biarlah aku dicap Mak Jenin pada masa ini.
Akanku buktikan Mak Jenin ini boleh menggapai bintang!
Huagrrrr...

MYA MARJA said...

Siapa yang mengecap ustazah tu? Bintang dan bulan di tangan Balqis.. :D

Anonymous said...

Salam dan tahniah,
Sudah lama saya tak hantar puisi ke Berita Minggu, rasa macam payah jer. Dulu ingatkan Mingguan yang paling sukar untuk ditembusi. Maybe citarasa editornya yang sudah bertukar. Hhehehe apa pun teruskan menulis.

Anonymous said...

Sahabat..adikku
Tahniah!..Moga tetap terus bersemangat!

en_me said...

salam ramadhan abang mya marja tewww..

Unknown said...

mat jenin merangka impiannya dan pelannya. cuma malang tak berbau, dia terjatuh. kalau tidak tentu sekarang ni kita dengar dongeng mat jenin jadi kaya raya kan?

Selamat hari raya , maaf zahir dan batin kang.

raya mana dulu?

MYA MARJA said...

Salam dan terima kasih, Mal..
Sekarang kita cari majalah pula, berbaloi tu. Majalah yang tinggi sasteranya tu lagi berbaloi. Selamt menulis juga, Mal. Raya sakan!

Sahabat..kandaku.. :)
Ya, terima kasih kanda. Semangat tetap ada, terkadang jadi macam Mat Jenin pun ada.

Salam Ramadan, Adik En_Me, salam lebaran juga.

Dik Nin, impian dan pelan. Serupa tulis novellah tu. Raya sini dulu, lepas tu raya tempat kita. Hmm... tempat kita masihkah ada meriam batang kelapa? Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.