Alam saujana terhampar indah luas, menggamit saujana jiwa berbicara pada segala rupa. Bicaralah yang mulus daripada jiwa yang tulus...
31 August 2008
SALAM RAMADAN
Salam Ramadan. Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna.
Teringat kata-kata seorang pendakwah: Iman dan amal kita ini ibarat ombak di lautan. Seketika ia di atas, seketika ia di bawah. Berbahagianya sewaktu iman berada di atas, tahap tertinggi yang boleh dicapai manusia selemah kita. Namun, andai iman dan amal itu berada di paras bawah, dan ketika itu datangnya malaikat maut mahu menjalankan tugasnya kepada kita, lalu…alangkah!
Semoga berbahagia dengan kemanisan iman yang masih milik kita...mudah-mudahan.
Alhamdulillah…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam Ramadhan untuk Mya Marja. Semoga Ramadhan menyemai benih kekuatan luaran dan dalaman, kemudian tumbuh menjadi pokok Iman yang teguh. Suburnya sepanjang hayat.
Selamat berpuasa.
Salam Ramadan buat sahabatku...
Moga Ramadan kali ini membawa rahmat..bahagia dalam diri...abadi dalam hati..Alhamdulillah.
ya..moga ramadhan penuh barkah menjanjikan 'sesuatu'buat kita..
Salam Ramadan kembali Cik Bunga Rampai,
Subur dan harum; harum dan subur. Moga terus istiqomah dalam kebaikan.
Sahabatku, salam Ramadan,
Makin menuju pertengahan Ramadan ini, moga makin manis iman dan amal kita.
Puan Idzaris, selamat datang,
Selamat berpuasa. Adik novelis tersohor itu ya? Sesuatu itu sesuatu yang memberi makna, mudah-mudahan.
Post a Comment