01 March 2008

KEPADA SENJA

MIMPI ESOK

Usah bimbang
pada suatu yang tak pasti
di hadapan menanti.

Kita pun tak pasti
adakah mimpi-mimpi
menjadi realiti kemudian hari
atau semuanya bakal ilusi
di kabus hari.

Andai hari ini bertemu pelangi
bawa sahaja ke dalam mimpi
mungkin esok tak ketemu lagi.

MYA MARJA
Bandar Seri Jempol, NS.

3 comments:

Anonymous said...

Semakin lambatlah buku siap nampaknya. Buku 3A dah siap tapi hilang apabila komputer di format semula akibat dimakan virus. Sabau je lah cikgu. Ikutkan hati lemah semangat ni :(

Anonymous said...

Bukan mudah untuk melupakan mimpi dan menjadikannya satu realiti sahabat.

MYA MARJA said...

Sabau ustazah, sabau!


Mimpi, penghias perjalanan. Mimpikan yang indah-indah, sahabat.