04 February 2008

AHMAD ZAFRAN DALAM KENANGAN



Petikan daripada blog UNIKA PTS:

Al-Fatihah Buat Buah Hati Sifu
Saya menerima panggilan telefon yang menyampaikan berita duka ini semasa berada di Kamunting, Perak atas urusan pertunangan En. Izwan Arif, pegawai di Jabatan Grafik PTS dengan Cik Faraliza Zainal Abidin, pegawai di Jabatan Kewangan PTS. Maka saya tidak dapat menziarahi jenazah beliau.
Besok, Isnin 4hb, insyaAllah saya bersama En. Zaharin Zain, Pengurus Jabatan Jualan dan Khidmat Pelanggan PTS, Puan Norhazizam, Pengurus Pemasaran PTS, dan Prof. Abdullah Hassan, Penasihat PTS, akan menziarahi ibunya.


Allahyarham Ahmad Zafran Abd. Mutalib, lebih dikenali dengan nama penanya "Panaharjuna" adalah mentee buah hati saya, yang sangat saya kasihi.
Beliau memang menghidap penyakit jantung dan selalu kurang sihat.
Beliau berhenti kerja supaya dapat tinggal bersama ibunya dan menjaga ibunya. Dengan itu beliau mengambil keputusan menjadi penulis sepenuh masa.
Sangat besar jasanya kepada PTS kerana beliau banyak memperkenalkan penulis dan pelukis yang berbakat kepada PTS. Walau ke mana beliau pergi, beliau sentiasa membawa bendera PTS dan sentiasa menyebut yang baik-baik tentang PTS sehingga nama PTS menjadi wangi di kalangan penulis dan pekomik seangkatannya.
Allahyarham tidak mendirikan rumahtangga disebabkan beliau menyedari keadaan kesihatan beliau itu, begitulah yang beliau pernah beritahu saya.
Buah hati saya ini seorang yang baik agamanya, sentiasa mendirikan sembahyang waktunya.
Beliau telah pergi meninggalkan kita, sedangkan kita akan menyusul beliau kemudian.



Allahyarham baru kukenali, masih muda, malah lebih muda daripada usiaku. Namun, telah tertulis suratan, daun yang muda juga tidak menunggu layu dan tua untuk gugur. Dapat berbicara dan bersua muka dengannya sewaktu bengkel penulisan skrip TV oleh Encik Martias Ali anjuran PTS dan Puan Ainon Mohd pada tahun lepas. Akhir-akhir ini, melalui WAYN dan Flixster, beliau menitipkan salam dan pesan, namun tidak sempat untuk diriku membalasinya.

Semua ini menjadi ingatan kepada diri sendiri, bahawa ingatan kepada suratan itu jangan sesekali terabai. Al Fatihah setulusnya untuk saudaraku yang mendahuluiku itu. Semoga mendapat rahmat dan kasih sayang Allah di alam sana. Al Fatihah...


-------------------------------------------

4 comments:

Ainul Husna said...

Dari Allah kita datang, kepadaNya kita dikembalikan..Al Fatihah..

Ku Keng said...

Alfatihah,semoga ditempatkan ditempat terbaik disisi syuhada', anbiya' dan auliya'

Rasha_rz said...

wah, begitu besarnya nama arwah dalam dunia penulisan. sana sini rakan penulis memperkatakannya. akak merenung diri sendiri, apakah jika saya menjejak panaharjuna nanti, rakan2 penulis akan begini? bersedia menghebahkan kematian saya dan bermurah hati mensedekahkan apa2 yang mungkin mampu meringankan azab di SANA? Ya Allah, sesungguhnya mati itu teramat sakit dan hanya doa anak2 yg soleh dan sahabat sejati penawarnya.

MYA MARJA said...

Semoga kita juga bakal berada di kalangan mereka yang beriman sahabatku Ainul Husna dan Bro Ku Keng.


Panaharjuna mempunyai sahabat-sahabat penulis yang mempunyai blog sendiri. InsyaAllah, Kak Ila...