Alam saujana terhampar indah luas, menggamit saujana jiwa berbicara pada segala rupa. Bicaralah yang mulus daripada jiwa yang tulus...
17 December 2007
SUNGAI MAUT
Masih belum kering
alir sungai itu
dengan darah dan air mata
berarus ke muara waktu
destinasi tentu.
Engkaukah yang meminta
atau manusia yang pemurah
dengan rela memberi
percik darah dan air mata
lambang duka
ke sungaimu
sehingga arusmu berbeban luka.
Aduhai manusia
keringkan sungai itu
dari percik gundah
dan alir nafsu meraja.
Laluan terentang itu
bukan arena lumba
bukan gelanggang pelepas rasa
usah ia ditukar rupa
menjadi sungai maut
yang menghambur duka.
MYA MARJA
Bandar Seri Jempol, NS.
(Berita Minggu – 16 Disember 2007)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Salam mas,
Saya ada membacanya di BM semalam. Tahniah. Nanti bolehlah dibukukan koleksi sajak2 itu ya.
Tahniah dr saya, juga. Sangat menyentuh hati. Teruskanlah berkarya sehingga bila2 jua pun.. Sedang mengusahakan buku apa saat ini, agaknya ya?
Salam kembali BP,
Terima kasih. Puisi biasa-biasa sahaja, bukukan sendiri, binding sendiri, baca sendiri. Ha ha..
Terima kasih Kak Norza. InsyaAllah, berkarya bagi tatapan umum, semoga memberi kebaikan. Saat ini sedang belajar tulis novel budak-budak sahaja. ;)
Makin prolifik. Tahniah!
Raya haji di mana?
Biasa-biasa sahaja, Dik Nin.
Raya Haji di sini sahaja: N9.
Nampaknya Big River sudah semakin membesar, mahu lawan Seremban atau Nilai 3?
wah... tahniah. cantik sekali bait2 puisi awak. memang bukan senang karang sebuah puisi,lebih2 yang menarik dan menyengat.
p/s akak dah lama tak mengarang puisi. dah buntu kepala.
Puisi biasa-biasa sahaja, Kak Ila. Novel Kak Ila lagi cantik, sudah menang dan dapat hadiah pun.
p/s Puisi tidak perlu dikarang. Ia akan datang sendiri melayang-layang, dan kadang-kadang menyerbu. Waktu itu 'tangkap' ia.
Salam,
Tahniah!
Teruskan berpuisi seindah rasamu.
Salam kembali Bunga Rampai,
Terima kasih. Mudah-mudahan. Cubalah hantar apa-apa yang dirasa.
Post a Comment