Alam saujana terhampar indah luas, menggamit saujana jiwa berbicara pada segala rupa. Bicaralah yang mulus daripada jiwa yang tulus...
13 November 2007
BANK DAN BONUS
Sewaktu aku memasuki sebuah bank di daerah ini bagi menyelesaikan urusan cek, aku terlihat pada baju seorang kakitangan bank itu sebuah lencana bulat. Butang itu sebesar luas tapak tangan, berwarna hitam dan bertulisan merah. Dulu-dulu, butang seperti itu memang sangat popular di kalangan anak muda remaja sepertiku. Jika tidak disemat pada baju, topi dan beg menjadi mangsanya. Pada butang besar yang dipakai kakitangan bank itu tertera tulisan: Bank ROMPAK Bonus Kami! Pada mulanya aku terkejut juga melihat tulisan itu, seolah-olah perkataan rompak itu langsung tidak ditakuti oleh kakitangan bank tersebut. Aku lihat beberapa orang kakitangan lain turut memakai lencana itu.
Aku tidak jadi terus berurusan di situ, sebab kata kakitangan bank tersebut cek itu tidak dapat ditunaikan, melainkan hanya boleh dimasukkan ke dalam akaun bank. Malangnya, aku tiada sebarang buku akaun bagi bank tersebut. Jadi, mahu tidak mahu, aku melangkah keluar dan menuju ke sebuah bank yang aku punyai buku akaunnya. Kebetulan, memang aku bawa ke mana-mana buku akaun bank tersebut. Sampai di dalam bank berlogo kepala harimau itu, aku lihat dua orang kakitangan yang menunggu di kaunter tiket dan pertanyaan. Pada bajunya aku terlihat butang yang sama sebagaimana di dalam bank sebelumnya.
Sewaktu meminta sehelai borang bagi kemasukan cek, sempat aku bertanya kakitangan itu, “Tidak dapat bonuskah tahun ini?”
Kakitangan itu menjawab, tanpa manis senyuman, “Tidak dapat!”
“Dulu-dulu dapat berapa bulan bonus setiap tahun?” tanyaku lagi.
Dia menjawab, “Dua bulan.”
Sengaja aku bertanya lagi, “Dua bulan sahaja, bukan empat bulan?”
Dia menjawab lagi, “Bonus empat bulan itu bank lain.”
Aku cuba mengujinya, “Kakitangan kerajaan pun tidak dapat bonus, tahu? Jika dapat pun dulu-dulu sebulan gaji sahaja.”
Dia membalas, “Kakitangan kerajaan sudah dapat kenaikan gaji, kami tiada!”
Aku menghadiahinya senyuman, lalu berlalu dari situ bagi menyelesaikan urusan utamaku ke situ. Wah, kakitangan bank memang cukup berani membuat protes seperti itu! Mereka tidak takut dibuang kerja agaknya. Mengapakah mahu dibuang kerja pula jika mereka pakat ramai-ramai memakai lencana serupa? Agaknya jika kakitangan kerajaan turut memakai lencana yang sama, mungkin lencana itu akan tertera ayat: Kerajaan ROMPAK Bonus Kami! Mungkin…
Alhamdulillah…..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Bank ROMPAK Bonus Kami!
Kami akan ROMPAK anda!
Saya pun pernah nampak lencana itu dipakai oleh sebuah bank di Bahau. Pelik juga saya memikirkannya.
Tuan Pemotivasi,
Hoh, mahu rampok bank! Nanti masuk lokap, tuan.
Pak Latip,
Panjang langkah, sampai ke Bahau berurusan dengan bank. Mestui kaki jalan ni.
Hmmm... mogok-mogok pun terpaksa kerja juga. Kasihan.
Orang yang bekerja di rumah ini, siapalah nak beri bonus? Lagi kasihan....
Dik Nin,
Orang kerja di rumah, tuan rumah yang bagi gaji.
Lencana itu menunjukkan betapa gawatnya kewangan negara.
Salam :)
BR,
Mengapakah sebegini gawat, ya? Dulu-dulu gawat juga, tetapi bonus boleh dapat lagi. Sekarang, pekerja swasta turut sama merasai bahangnya gawat yang gawat itu.
Seberani mereka mengira dan menyimpankan wang awam.... Orang kerajaan mana berani brontak2. kena jaga nama baik majikannya. Siapa? Kerajaanlah. Kerjaan tu siapa? Sendirilah. Betul tak? SEmua nak jadi Hang Tuah, berkorban apa saja....
(tolong sambungkan)
Hang Tuah lawannya Hang Jebat, walaupun dulu kawan; kerajaan..hmm mana boleh lawan, kita kawan-kawan.
Post a Comment